Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, October 13, 2012

MAAFKAN SAYA

Saya ingin memohon maaf diatas artikel saya yang bertajuk "WAJAH KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU DIDEDAHKAN" secara lansung kepada barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Alor Gajah dan seluruh ahli-ahli UMNO bahagian Alor Gajah.

Ini adalah kerana saya telah mengaitkan konspirasi pendedahan maklumat mengenai perkara yang melibatkan majlis Perkahwinan Anak Ketua Menteri Melaka secara tidak lansung kepada salah seorang kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Alor Gajah dengan mengatakan kononya beliau menjalinkan usahasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Y.A.B Ketua Menteri Melaka.

Saya juga turut melakukan kesilapan apabila membuat kenyataan kononya perkara ini berlaku adalah kerana hasrat pemimpin tersebut untuk menjadi Ketua Menteri Melaka pada masa yang akan datang.

Kegagalan saya dalam menganalisa perkara ini adalah berpunca apabila terdapat seorang yang bernama Mohamad Yusof Aziz iaitu ahli UMNO bahagian Alor Gajah dengan jelas bekerjasama dengan pembangkang dengan menimbulkan persoaalan mengenai isu yang berkaitan dengan "Majlis Perkahwinan" Anak Y.A.B Ketua Menteri Melaka dan membuat provokasi mengenai kerusi Ketua Menteri pada masa akan datang secara jelas didalam kumpulan PRU 13 : BN untuk Melaka.

Perbuatan Mohamad Yusof Aziz yang bekerjasama dengan pembangkang tidak boleh diterima, inilah perbuatan "Parasit UMNO" yang boleh merosakan parti dan ianya dilihat mempunyai agenda jahat dalam mencetuskan perbalahan diantara kepimpinan tertinggi Bahagian Alor Gajah dan Y.A.B Ketua Menteri.

Oleh yang demikian saya meminta agar lembaga displin UMNO mengambil tindakan yang tegas terhadap "Parasit UMNO" ini dan saya juga sedia berhadapan dengan lembaga displin UMNO jika perbuatan yang saya lakukan secara tidak lansung memberi kesan yang tidak baik kepada parti.

Sekali lagi saya orang yang mengendalikan blog JiwaParadox ini memohon maaf secara lansung kepada barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Alor Gajah, seluruh ahli-ahli UMNO Bahagian Alor Gajah dan kepada individu-individu yang lain yang menerima kesan secara lansung atau tidak lansung akibat daripada posting saya.

JPX
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Jebat Derhaka said...

Tahniah kerana mengambil langkah yg terbaik ini.. :)

Jebat Derhaka said...

Tahniah kerana berani mengambil langkah yg dpt menjernihkan keadaan.. Parasit harus dihukum..

Anonymous said...

Bro. Ini pasal la aloqlaloq memang respek kat bro. Bro memang sayang parti lebih dari segalanya. Usop tiger?? Punca segala masalah ni kena lah dihukum.

MELAKAPOST said...

Sdgkn nabi ampunkn umat, apatah lgi kita sebgai manusia biasa yg xpernah lari dr mmbuat kesilapn. Cuma kalau bule jgnlar kita selalu dok bagi BOLA LAMBUNG kat pmbangkang. Apa2 kena kaji dulu bro! Salam Perjuangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa