Sebentar tadi di Nibong Tebal, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau
Pinang, Dato' Zainal Abidin Bin Osman telah mengadakan sidang akhbar
untuk menyaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng diatas tohmahan liar beliau
ke atas UMNO dengan menuduh sebagai penganjur demo haram di Pulau Pinang
dan memfitnah UMNO sebagai dalang didalam insiden pejabat DAP dibakar
di Georgetown.
UMNO Pulau Pinang sebelum ini telah memberikan ruang yang secukupnya untuk beliau menarik balik tohmahan dan tuduhan liarnya terhadap UMNO Pulau Pinang, namun beliau secara angkuh dan sombong telah menolak permintaan UMNO P.Pinang malah telah mencabar UMNO P.Pinang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Guan Eng sebanyak RM30 Juta telah dihantar melalui peguam Jahaberdeen & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Turut disaman ialah Akhbar Suara Keadilan pemfitnah, Editor dan penulis artikel terbabit.
Dalam kes salahlaku pencabulan seks yang didakwa dilakukan oleh anaknya yang disiarkan oleh rakan-rakan blogger, tuduhan Guan Eng menuduh UMNO dan parti komponen BN lain sebagai dalang yang menyebarkan tuduhan ini amatlah dikesal.

No comments:
Post a Comment