Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 23, 2011

PAP KENA HENTAM KEMPEN SIBER

SEORANG pengguna membaca profil Tin Pei Ling, 27, calon termuda PAP bagi pengundian bulan depan.
Pemerintah Singapura pergiat kempen hadapi pembangkang menjelang undi 7 Mei

SINGAPURA: Apabila Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperkenalkan calon muka baru wanita berusia 27 tahun sebagai seorang daripada calonnya untuk pilihan raya bulan depan, ia sebagai harapan untuk menarik pengundi muda Singapura.

Tetapi, taktik itu tidak menjadi apabila calon itu, perunding pengurusan, Tin Pei Ling dan PAP diserang dalam internet daripada loghat bahasanya hingga gambarnya dalam Facebook menunjukkan beliau bergaya dengan beg tangan mewah.
Adalah jelas, parti pemerintah itu menghadapi kempen pilihan raya paling ‘panas’ menjelang pengundian 7 Mei depan selepas larangan kempen politik secara online ditarik balik ketika ramai penduduknya menggunakan media baru.

Disebabkan pengharaman iklan panjang mengenai pilihan raya di media cetak dan penyiaran, pembangkang yang hanya mempunyai dua daripada 84 kerusi di Parlimen, menggunakan internet untuk mencapai 2.35 juta pengundi.

Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP) yang juga parti pembangkang, Chee Soon Juan, berkata media sosial membantu melangkau akhbar pro PAP dan televisyen.

“Untuk SDP, ia penting bagi kami di Singapura kerana semua dikawal oleh parti pemerintah,” katanya sambil mengakui kesan media sosial hanya dalam jangka pendek.
“Ini adalah kali pertama alat ini digunakan, ia agak baru, mungkin mengambil masa sebelum suasana politik boleh disesuaikan dengan suasana elektronik,” katanya.

Tidak hairanlah, PAP yang memerintah sejak 1959 turut menggunakan internet dan media sosial lain untuk mempertahankan kedudukan dengan menyiarkan lebih 200 video memaparkan menteri bergambar dengan bayi bagi profil Facebook mereka.

Walaupun kempen secara rasmi belum dimulakan, sejak minggu lalu, semua parti politik menggunakan Facebook, Twitter, blog dan laman web sendiri untuk mempromosi diri dan calon lain.

“Orang ramai mendapat maklumat politik secara langsung sama ada menerusi rangkaian sosial, adalah wajar ahli politik menarik pengundi menerusi saluran ini,” kata pengasas bersama firma perniagaan perisikan, Brandtology, Kelly Choo. – AFP

2 comments:

Anonymous said...

Melayu Singapura,
Bkn apa2 bro yg org singapura persoalkan bukan umur dia tapi laki dia.Laki dia ada lah KETUA SETIAUSAHA SULIT PERDANA MENTERI singapura.Apa ingat singapura ini tak amalkan kroni.LKS mesti ambil tau yg PAP dia PUJA BAKAL HILANG sekurang kurang nya 13 Kerusi dan dia mesti tau yg pengundi cina akan ajar pemimpin politik yg bongkak dan bodoh.

Unknown said...

kalau dah nama komunis!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa