KUALA LUMPUR 1 Mei - Insiden bekalan elektrik terputus, manipulasi undi dan masalah teknikal mencemari pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula Sabtu lalu.
Keputusan pemilihan PKR Cabang Batang Sadong, Sarawak terpaksa dibatalkan berikutan timbul dakwaan berlaku kegiatan memanipulasi undi semasa bekalan elektrik terputus di tempat mengundi.
Dakwaan itu ditimbulkan oleh seorang pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin dan lebih menghairankan, insiden serupa dilaporkan pernah berlaku di cabang sama pada pemilihan PKR empat tahun lalu.
Badrul Hisham turut mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terbabit dalam kegiatan memanipulasi undi itu.
Kekecohan turut dilaporkan berlaku pada pemilihan PKR Cabang Kemaman, Terengganu yang menyaksikan pertembungan sengit antara penyandang ketua cabang berkenaan, Rafizi Ramli dan pencabarnya, Mohd. Ramlee Hamzah.
Sementara itu, pemilihan PKR Cabang Bukit Katil, Melaka terpaksa ditangguhkan kerana jumlah calon yang bertanding tidak mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mengesahkan, masalah teknikal memaksa pemilihan di tujuh cabang PKR termasuk Kemaman dan Bukit Katil ditangguhkan ke 10 Mei ini.
Lima lagi cabang PKR yang akan mengadakan pemilihan semula pada 10 Mei adalah Setiu, Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu serta Paya Besar dan Jerantut di Pahang.
Pemilihan pada 26 dan 27 April lalu melibatkan enam negeri iaitu Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka.
Setakat Ahad lalu, Azmin beroleh 5,111 undi mengatasi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (2,322 undi) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2,228 undi) dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti.--UM
3 comments:
ITULAH CAKAP ORANG TAK BETUL, SEMUA SALAH.....TENGOK DIRI SENDIRI.. ADA BETUL KAH..ADA SEMPURNAKAH....NILAI LAH DIRI...A BIG DISGRACE.
ADA YANG GEMUK ADA YANG PENDEK. ..SEMPURNAKAH DIRI KAMU....
KALAU DIRISENDIRI BODOH, JANGAN AJAR ORANG LAIN JADI SAMA BODOH.
JADILAH ORANG YANG BERTAKWA....
semoga spesis ini menginsafi diri sendiri selepas ini...sedarlah korang lg banyak xbetulnya berbanding spr yg korang kondem selama ini...pemilihan ahli sendiri yg berjumlah setengah juta pun kelam kabut lg nak bantai spr yg uruskan pemilihan berjuta orang...diam lagi baik la pkr oi...kata orang mcm2 dirisendiri lg teruk rupanya...tp masakan iblis nak ngaku salah sendiri kan...
Sembang je lebih. Kondem orang lain bukan main lagi . Sendiri pun hampeh. Ptui.....!!!
Post a Comment