Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 01, 2014

GAMBAR HARTA KARUN PULAU NANGKA DIDEDAHKAN!!!


MELAKA 1 Mei - Dua keping 'medal' tembaga dipercayai daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. di Pulau Nangka dekat sini, malam tadi.

Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, 'medal' itu ditemui pada pukul 11.30 malam tadi, bagaimanapun kesahihan artifak itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini.


"Saya bersama pasukan saya akan pergi ke pulau itu petang ini untuk melihat sendiri medal itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya sama ada kontrak pencarian selama empat bulan diperoleh syarikat itu yang tamat pada pukul 12 malam tadi akan dilanjutkan selepas penemuan tersebut, beliau berkata, perkara itu akan ditentukan selepas segala urusan berkenaan penemuan medal itu selesai.

"Kita tengok sama ada benarkan syarikat itu teruskan atau tidak, pencarian syarikat itu tidak akan ganggu usaha pencarian syarikat kedua kerana lokasi pencarian dua syarikat ini berbeza," katanya. - BERNAMA

1 comment:

Yakelihboktam said...

Kalau hang betui2 nak cari harta karun, jom ramai2 kita pegi Kelantan, jumpa Husam. Dia boleh tunjukan tempat harta karun berbilion ghia (GMbilion)tertanam. Setengahnya masih lagi ada dalam guri, peti tembaga dalam sungai Kelantan dan dibawah pasar siti kadijah itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa