Sebagaimana maklum, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada sebarang kenaikan tol pada tahun ini bagi menangani kos kenaikan sara hidup rakyat. Sebagai timbal balas, Kerajaan perlu membayar sebanyak RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol yang terlibat.
Saya yakin, ramai pengguna lebuhraya di negara kita khususnya di Lembah Klang rasa lega dengan pengumuman itu. Menarik nafas lega mungkin membawa maksud mereka tidak perlu memotong bajet menonton wayang dan masih mampu bergaya dengan pakaian berjenama mahal pada tahun ini…
Puas hati kerana harga bayaran tol tidak naik? Tidak. Reaksi dari ramai bloggers dan aktivis maya pro-pembangkang ramai yang tidak puas hati kerana harga bayaran tol tak jadi naik. Ramai yang mengutuk Kerajaan BN kerana menghabiskan wang rakyat sebanyak RM400 juta kerana menangguhkan kadar tol tersebut.
Menurut pemerhatian saya di blog-blog dan laman Facebook pro-pembangkang, mereka mempersoal tentang wang rakyat RM400 juta yang akan diberikan begitu saja kepada syarikat konsesi tol. Kata mereka, itu namanya “durian runtuh” dan cara Kerajaan menghabiskan wang rakyat!
Pulak? Dulu merekalah yang kuat menghentam Kerajaan ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, mengumumkan bahawa kemungkinan besar kadar tol terpaksa dinaikkan tahun ini atau berdepan dengan bayaran pampasan RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsesi. Teruk juga Kerajaan “dibelasah” siang malam!
Kononnya kenaikan kadar tol itu membuktikan Kerajaan tidak prihatin, kerajaan zalim, kerajaan itu dan kerajaan ini. Macam-macam yang mereka maki hamun kerajaan. Biasalah, puak pembangkang saja yang tidak zalim walaupun kezaliman mereka itu betul-betul di depan mata!
Tapi bila Muhyiddin umum kadar tol tidak jadi dinaikkan, tiba-tiba pula mereka melenting? Sanggup pula buat “terbalik kuang” berpusing 360 darjah menyalahkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib membazir wang rakyat sebanyak RM400 juta? Memang dasar putar alam!
Hakikatnya, kadar tol naik pun mereka hentam, kadar tol tak naik pun mereka hentam Kerajaan BN. Buat salah, tak buat pun salah! Saya tertanya-tanya, apakah itu gaya “politik baru” yang “matang”? Agaknya ada yang tak kena dengan tahap kewarasan mereka berfikir secara adil…
Pada saya, sama saja sama ada tol dinaikkan atau tidak, kerana saya bukanlah pengguna tol tegar. Lagipun, saya selalunya hanya menggunakan lebuhraya PLUS sahaja dan saya difahamkan bahawa kadar tol di lebuhraya itu tiada sebarang kenaikan. Tiada kesan yang besar pada saya…
Isu kenaikan kadar tol sebenarnya bukan satu isu. Maksud saya, perjanjian tetap perjanjian. Kalau langgar perjanjian yang ditandatangani, maka tindakan itu tetap salah dan menzalimi hak yang mengalami kesan atau kerugian.
Misalnya, kalau Anwar meminjam wang dari Nalla sebanyak RM10 juta dan mengikut perjanjian pinjaman itu Anwar perlu membayar mengikut terma perjanjian, maka ia perlu dipatuhi. Kalau Anwar gagal mematuhi perjanjian itu dengan menangguh pembayaran mengikut jadual, maka ia akan memberi kesan pada perniagaan Nalla.
Mungkin dengan bayaran mengikut perjanjian itu maka Nalla boleh “rolling” modal untuk mencari “ayam” yang lebih “sedap” untuk hidangan penggemar “ayam” seperti Anwar. Bila Anwar tangguh membayar, maka tak dapatlah Nalla cari “ayam” yang lebih “segar” bukan? Maka terpaksalah perniagaan Nalla ditakuk lama dengan “ayam-ayam pencen”nya…
Itu hanya sekadar contoh. Dalam tindakan penangguhan kenaikan kadar tol itu, maka syarikat konsesilah yang menjadi mangsa. Namun setelah diberi pampasan, legalah sikit syarikat-syarikat tersebut…
Yang teruknya ialah Kerajaan. Tak pasal-pasal terpaksa “hilang” RM400 juta sedangkan macam-macam perkara yang boleh dibuat dengan wang sebanyak itu, bukan? Tapi tak mengapalah. Saya yakin Kerajaan BN bijak bagaimana nak cari wang menggantikan RM400 juta itu. Demi rakyat, Kerajaan BN tak kisah berkorban kerja “overtime” cari duit lebih…
Tapi rupanya tindakan Kerajaan itu dibalas dengan “tuba”. Puak pembangkang kutuk pula? Bukannya berterima kasih, mereka kutuk pula? Bilakah mereka nak matang agaknya? Tak habis-habis dengan putar alam dan “spin” sana sini bermain politik siang dan malam.--MYKMU
1 comment:
Mereka tak jadi matang sebab mereka tu binatang..makan taik pun sanggup
Post a Comment