Kes permohonan membubarkan perkahwinan (fakash) yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 11 Mac ini.
Hakim Syariah Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan peguam kedua-dua pihak di dalam kamar.
Menurut Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli, prosiding penceraian masih diteruskan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Tetapi kedua-dua pihak sedang membincangkan penyelesaian terbaik.
Difahanmkan dalam bahasa mudahnya, permohonan Nurul Izzah untuk membatalkan perkahwinan itu masih diteruskan, cuma kedua-dua pihak sedang merundingkan terma-terma penyelesaian.
Suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir (GAMBAR) hadir di mahkamah pagi ini namun Ahli Parlimen lembah Pantai itu tidak kelihatan.
Kes tersebut pertama kali di dengar di mahkamah rendah syariah ini pada 22 Januari lalu.
Kini selepas tiga minggu, nampak gayanya, masih belum selesai lagi berunding.
Permohonan membubarkan perkahwinan (fasakh) di dalam Islam bermaksud si isteri minta cerai selepas suami enggan menjatuhkan talak.
Ketika sebutan pertama kes itu Raja Shahrir telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.
Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.--AGENDADAILY
6 comments:
Berita Gempar
Sultan Melaka
Tangguh Hajat
Samada
Nak
Nurul atau
Erra Fazira
Ahaks...
Aku klu jadi sultan melaka dua dua rejek dh second hand
Tuanku ..patik harap jgn lah tuanku memalukan raja raja melayu kerna semua raja raja dapat anak dara..tuanku pulak dpt second hand
Yg mana panggil perempuan dah berkawin dan cerai tu second hand, mintak la besok anak pompuan kau/adik/emak kau orang yg pulak jadi second hand...tengok apa rasa bila orang panggil mcm tu ..Amin
Semua tu tipu.. Jangan percaya. Punca utama penceraiannya adalah kerana ultraman Dan lamar dia. kalau tak caya Tanya ultraman sendiri.
Setuju ngan zainol. .siapa la kita nak melawan takdir. .x De sorang pun di dunia nak hidup Bersendirian ..janda atau dara semua sama wanita yg perlu dihormati...cuba kalau yg Di panggil second hand tu mak kita ...barula anda sekalian tau Dan rasa apa yg kalian debut second hand. .
Post a Comment