Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, December 21, 2013

PANAS MALAM MINGGU:NAJIB TUN RAZAK ARAH WEE KA SIONG MAKAN VIARGA



BACA CERITA PENUH >>>DI SINI<<<

PERDANA Menteri seolah-olah membalas semula kritikan bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong kelmarin yang menyalahkan UMNO atas prestasi buruk parti tersebut dalam PRU13 yang lepas dengan mengumumkan keperluan MCA untuk mendapatkan Viagra politik.

Viagra adalah ubat yang direka untuk mengatasi masalah mati pucuk.

Kenapa viagra, kenapa tidak tongkat ali?  Ini sesuailah MCA sebagai parti bukan Melayu dan ada pula bekas Presiden yang pernah mengaku terlibat dengan skandal seks dengan wanita bukan isterinya semasa menjadi Menteri Kesihatan pada satu ketika dulu.

Penulis ucap ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana bijak membalas semula kritikan tidak masuk akal Wee Ka Siong.  Nak harap Pemuda UMNO, takdelah, kalau nak kondem Menteri, cepat saja si budak Bro tu, tapi bila UMNO kena kritik tanpa asas oleh Ka Siong, si Bro dan jadi ”Sis” – layu macam agar-agar.

Soal sama ada Perdana Menteri betul bermaksud nak balas semula kritikan Ka Siong, itu penulis tak peduli, ini ikut kefahaman masing-masing dan dari faham penulis, memang kenyataan mengaitkan Viagra dengan MCA itu adalah satu pembalasan atas kritikan Pemuda MCA terhadap UMNO.

Doa penulis kepada Tuhan Ka Siong tidak akan menang perebutan jawatan Timbalan Presiden kerana dia akan menyusahkan lagi BN, bukan menyenangkan.

Tapi kalau dia menang juga (sebab dia dalam team Datuk Seri Liow Tong Lai yang dikatakan ada harapan cerah jadi Presiden MCA baru berbanding 2 calon lain), maka harapannya janganlah dia ni dilantik Perdana Menteri ke dalam kabinet.

Dari bagi jawatan itu kepada Ka Siong, lebih baik serah jawatan itu kepada Datuk Seri Ong Tee Kiat dengan melantik bekas Ahli Parlimen Pandan ini sebagai Senator – itupun kalau Tee Kiat tidak menang dalam pertandingan hari ini.

Sekurang-kurangnya kita tahu mana lawan, mana kawan.

2 comments:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat di atas dan menyokong cadangan yang dikemukakan. Bila mana2 parti politik yang menyerang perlembagaan negara mereka harus ditentang. ORANG2 MELAYU,,,,,,,,,,BERSATULAH.

Anonymous said...

Kepada seluruh Ahli-ahli MCA Malaysia,
Kami Yip Kum fook lawyer Ketua MCA Gombak dan Yip Jiun Hann MCA pemuda MCA Gombak menyeru semua Ahli-ahli MCA pada pilihan MCA Disember ini sokong lah Saudara Donald Lim Siang Chai bertanding Naib Pengurusi MCA kerana beliau Ahli lama, bermoral dan berpengalaman.

Jangan pecah tiket kepada Saudara Dr Wee Ka Siong, kerana beliau muda, kurang pengalaman dan moral pun ada masalah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa