Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 09, 2013

MENGAPA PAS TERUS LINDUNGI SYIAH DI DALAM PARTINYA???


BAGAIMANA PARTI YANG MENGAKU PERJUANGKAN ISLAM TAPI DALAM MASA YANG SAMA PUNYA PEMIMPIN YANG AKIDAHNYA TERPESONG DARI AJARAN ISLAM YANG BENAR???

KENAPA MEREKA YANG AMAL AJARAN SYIAH INI DIANGKAT PULA SEBAGAI PEMIMPIN TERTINGGI DALAM PARTI YANG  KONONNYA PERJUANGKAN ISLAM???

INI MAKNANYA PARTI ITU MEMANG DAH TERPESONG JAUH DARI ISLAM YANG SEJATI..

MAKA PARTI INI WAJIB DITOLAK OLEH UMAT ISLAM SELURUHNYA DI NEGARA INI!!!
PEMIMPIN YANG TERLIBAT DENGAN SYIAH PERLU SEGERA DIBUANG DAN DIBERIKAN HUKUMAN YANG SETIMPAL...

JPX

Oleh Nur Azlina Shaari

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti Pas perlu mengetepikan soal politik apabila berhadapan dengan isu Syiah yang masuk ke dalam negara ini.

Ini kerana, isu Syiah yang kian menular di kalangan umat Islam di Malaysia merupakan soal akidah yang perlu ditangani dengan serius sebelum ia mengelirukan umat Islam.

Zahid juga menyatakan, Pas perlu berfikir dengan wajar untuk menolak semua pemimpin parti mereka yang terang-terangan mengamalkan fahaman Syiah dan bukanlah berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Parti Pas, ketepikanlah soal politik, kerana ini adalah soal akidah. Alangkah baiknya jika Pas menyatakan mereka menolak fahaman Syiah, termasuklah menolak pemimpin yang amalkan Syiah. Kita tahu siapa pemimpin mereka,” kata Zahid dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini, hari ini.

Zahid memberi amaran keras dalam isu Syiah ini di mana pemimpin Pas yang berselindung mengamalkan ajaran Syiah akan diambil tindakan keras dan sewajarnya.

Malah, premis-premis berdaftar yang mengamalkan ajaran Syiah secara senyap juga akan disita.

“Jangan berselindung! Kita akan ambil tindakan kepada pemimpin Pas yang amalkan Syiah. Jika ada pemimpin-pemimpin Syiah di premis-premis berdaftar, Menteri Dalam Negeri juga akan menyita terus,” katanya.

Bagi Zahid, isu Syiah mampu memberikan ancaman kepada soal keselamatan negara dan memecah-belahkan akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyatakan Malaysia telah mendifinisikan agama Islam adalah agama yang mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah secara terang-terangan.

“Negara Malaysia, terang-terangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan UMNOlah wadah yang memulakan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukanlah parti lain. UMNO hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah,” tambah Zahid.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa