Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana parti politik pun. Selagi namanya politik dan manusia, selagi itulah perkara begini wujud.
Namun, walaupun ianya berlaku dalam hampir semua parti politik di dunia, kita menjangkakan sabotaj paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini.
Parti PKR adalah parti sampah, iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang, terbuang atau membuang diri dari UMNO.
Bermula dari kepalanya, iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan ‘bau busuknya’.
Pemilihan parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang berdarah.
Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang terpilih ke jawatan tertinggi.
Jika yang di bawah yang membuat onar bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang melantik jawatankuasa disiplin itu?
>>>TERUS BACA DI SINI<<<
>>>TERUS BACA DI SINI<<<
No comments:
Post a Comment