Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 01, 2012

JAGA-JAGA DENGAN PELACUR POLITIK INI!!!



AKU CUKUP SETUJU DENGAN TULIS DI BAWAH NI...
BENDA NI MEMANG BERLAKU DAN SEDANG BERLAKU...
SANA SINI MANUSIA BERGELAR DATUK NI MERAYAU...
JAJA NAMA PRESIDEN PARTI...
KONONNYA DIAMANAHKAN UNTUK CARI CALON PARTI..
MINTAK PROFILE SANA SINI...
MEMANG MUKA DIA SELAMBER AJA...
MACAM TAK BUAT SALAH APA...
SIAP BOLEH ATUR SIAPA KETUA MENTERI SETERUSNYA...
KALAU TAK KENA GAYA...
MEMANG ORANG BOLEH PERCAYA...
TAPI BILA ORANG YANG KENAL DIA...
KETAWA AJA SEBAB DIA MEMANG JAHAT ORANGNYA...
APAPUN PESANAN KEPADA SEMUA...
KALAU ADA ORANG NI DATANG JUMPA KORANG...
MINTAK PROFILE JANJI BERBAGAI...
LUDAHKAN JER MUKA MEREKA...
JAGA-JAGA YER SEMUA...

JPX

BILA Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mendedah serta menafikan bahawa UMNO maupun BN tidak pernah melantik  ataupun memberi izin kepada mana-mana  individu untuk memilih atau mengenalpasti nama-nama calon bagi disenaraikan pada PRU13 nanti  sekaligus menutup gerakan seorang pemimpin UMNO yang juga dikatakan sebagai orang kepercayaan PM Najib yang sedang ligat menyusun senarai calon-calon ketika ini.

Kenyataan tegas Tengku Adnan itu juga mungkin lahir setelah beliau menyedari ataupun dimaklumkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa ada yang mengaku rapat dan diberi kuasa oleh Presiden parti bagi menyenaraikan nama-calon untuk PRU13 nanti dan tindakan Ku Nan ini betul dan tepat pada waktunya kerana UMNO ada lebih kurang 16 agensi yang membantu mengenalpasti calon-calon `winnable candidate’ dan bukannya `cable candidate’ dan tugas mengenal pasti calon ini bukan dari individu terbabit.

Malah pemimpin yang dimaksudkan sudah pun menjelajah ke beberapa buah negeri termasuklah mengadap Ketua Negeri masing-masing yang bukan sahaja berkenaan dengan nama calon malah difahamkan memohon restu untuk pertukaran nama Menteri Besar dengan nama yang beliau cadangkan termasuklah di Johor dan di Pahang,negeri kelahiran Presiden UMNO  bila pemimpin ini secara semborono mahu melakukan transformasi politik mengikut acuan beliau,alasannya Presiden parti yang suruh dan beliau orang kepercayaan Presiden.

Malah di kawasan beliau sendiri pun,beliau tidak menyenaraikan kesemua pemegang jawatan ADUN dan mahu digantikan dengan semua muka baru dan tindakan ini dilihat seperti beliau mahu membentuk empayar politiknya tersendiri tanpa cabaran terutamanya dalam pemilihan parti nanti dan kesemua nama-nama calon yang dikenalpasti bukan dari kalangan yang `boleh menang’ tetapi menyirat kepentingan peribadi.

Seandainya PM Najib terpedaya dengan helah individu yang dikenali sebagai rakan rapatnya ini  ataupun `inner circle;nya ini, nasib Najib akan sama dengan Pak Lah apabila terlalu mempercayai orang-orang yang rapat dengannya dan menelan bulat-bulat keputusan yang dibuat itu tanpa menyelidiki  asas pencalonan  tersebut,segala tansforamsi politik serta janji Najib untuk menolak pencalonan walaupun dari kalangan rakan rapatnya demi mementingkan kemenangan besar parti dalam PRU13 nanti hanya tinggal cakap-cakap semata-mata.Najib kena ambil iktibar di atas segala kejadian yang menimpa Pak Lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa