Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 31, 2012

HANYA IZRAIL YANG MAMPU LUCUT JAWATAN NIK AZIZ



Sebagaimana yang dijangka, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dia tidak akan melayan mana-mana desakan dari pihak di luar PAS yang mahu dia meletak jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menyatakan pendiriannya baru-baru ini kepada media, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia hanya akan tunduk sekiranya permintaan tersebut dilakukan oleh pihak dalam partinya sendiri dan bukannya dari pihak yang disifatkan sebagai “buangan UMNO” – Datuk Ibrahim Ali.

Katanya lagi, untuk berlawan dengan UMNO, seseorang itu tidak memerlukan tubuh yang sihat untuk berbuat demikian dan memadailah dengan memiliki kekuatan minda.

Nik Aziz mendakwa, sebagai Menteri Besar, dia mempunyai barisan “menteri-menteri kecil” yang membantunya menguruskan pentadbiran negeri Kelantan dan itulah yang menyebabkan dia berkeras menyatakan kemampuannya mempertahankan kerusi empuk itu.

Persoalannya, apakah dia sedar tentang keadaan dirinya itu atau tidak?

Tahukah dia bahawa dia kini langsung tidak memiliki kekuatan minda sebagaimana yang dia katakan itu?

Dan apakah Nik Aziz fikir bahawa untuk menjadi pemimpin tertinggi sesebuah negeri itu hanya memadai dengan kekuatan minda tanpa memerlukan kekuatan fizikal atau tahap kesihatan yang baik?

Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am itu, apakah dia fikir dirinya itu cukup syarat untuk menjadi seorang pemimpin yang sempurna dan mampu mengendalikan segala urusan serta tugas seorang Menteri Besar?

Sebagaimana maklum, sejak penggal lalu lagi kita mendengar media melaporkan keadaan fizikal dan tahap kesihatan Nik Aziz yang kian merosot di mana dia beberapa kali dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

Malah pada satu-satu masa, dia dilaporkan kritikal dan tidak stabil keadaannya serta terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut.

Saya ingin bertanya, apakah Nik Aziz mampu berfikir secara waras ketika dia sakit dan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri ketika kepalanya sedang pening berdenyut-denyut? Apakah keadaan itu tidak menjejaskan keputusannya?

Selain itu, melihat dan dan mendengar beberapa “fatwa”nya, rasanya ramai umat Islam boleh meneka bahawa berkemungkinan besar Menteri Besar Kelantan itu sudah “nyanyuk”, “tidak waras” dan langsung tidak wajar.

Misalnya, dalam hal menjatuhkan UMNO, Nik Aziz sanggup mengeluarkan fatwa “menghalalkan berkawan dengan syaitan”, sedangkan begitu jelas firman Allah SWT bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata!

Apakah Nik Aziz memiliki kekuatan minda ketika menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan ajaran Rasulullah SAW itu? Atau minda Nik Aziz ketika itu begitu lemah dan telah dikuasai oleh bisikan syaitan yang merasuknya?

Seperkara lagi, cuba nyatakan apakah tindakan dan pelan pentadbiran terbaik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz di dalam penggal ini sejak 4 tahun selepas PRU ke-12 yang lalu. Rasanya, boleh dikatakan semua hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dilakukan oleh Exco-Exconya yang diketuai oleh Husam Musa.

Apakah dia fikir Husam dapat gaji Menteri Besar? Husam dapat gaji Exco sahaja dan apakah Nik Aziz fikir adil bagi orang kanannya itu mendapat habuan yang kecil sedangkan dia layak mendapat gaji yang diperoleh Nik Aziz.

Apakah Nik Aziz fikir wang gaji yang diterimanya sebagai Menteri Besar itu berkat sekiranya dia makan gaji buta setiap bulan dan tugasnya dilakukan oleh orang lain? Nik Aziz tak punya maruah, kah?

Lagipun, ketidakadilan itu juga mampu mendorong Husam untuk bertindak tidak amanah. Dia mungkin akan “mencuri sedikit hak gajinya” menjalankan tugas sebagai Menteri Besar secara tidak sah melalui penyelewengan dan sebagainya. Apakah Nik Aziz fikir tentang masalah tersebut?

Apatah lagi jika difikirkan tentan permintaan ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang memintanya meletakkan jawatan dan menamakan salah seorang dari mereka sebagai pengganti untuk jawatan berkenaan.

Malah lebih sinis lagi, dia begitu lembut berkias, risau sekiranya Nik Aziz mati sebelum menamakan pewaris “takhta”nya nanti! Nik Mazian ialah ADUN mewakili PAS. Pemimpin PAS sudah berikan “signal”, Nik Aziz tak faham-faham lagi, kah?

Justeru itu, saya mengharap agar Nik Aziz menggunakan mindanya yang “kuat” itu untuk memikirkan kepentingan dan masa depan rakyat Kelantan dan tidak meletakkan mereka di dalam pentadbiran seorang pemimpin yang lemah sepertinya.

Itupun kalau minda Nik Aziz kuatlah. Kalau mindanya lemah, teruslah bertanding pada PRU ke-13 nanti dan jangan terkejut pula jika Izrail datang memanggil sebelum sempat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan sekali lagi…!--MYKMU

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa