Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 26, 2012

BN UMUM CALON PRU 13 TIDAK LAMA LAGI!!!

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN. Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran UMNO Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu sudah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu. - BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa