Terdapat beberapa keistimewaan yang ada pada hari Jumaat. Salah satu
yang sedia maklum ialah wujudnya solat Jumaat pada hari tersebut.
Didalam sebuah riwayat dari Abu Lubaabah menyatakan bahawa terdapat lima
perkara yang disebut:
a. Hari tersebut Allah mencipta Adam as.
b. Adam diturunkan ke bumi pada hari tersebut
c. Adam meninggal dunia pada hari tersebut
d. Hari dimana Allah akan mengkabulkan permintaan hambanya
e. Hari bermulanya kiamat.
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Maajah (# 1084) dan dikelaskan sebagai Hasan oleh Syiekh al-Albani didalam al-Jaami' (#2279).
Ada beberapa amalan2 sahih yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Diantaranya :-
1. Pergi bersolat Jumaat. Dimulakan dengan membersihkan diri, datang
awal ke masjid, mendengar khutbah dsb. Ibn Umar ra dan Abu Hurairah ra
mendengar khutbah Nabi saw di mimbar dimana beliau mengatakan sesiapa
yang meninggalkan solat Jumaat, Allah akan sitarkan hati-hati mereka
(hadith Muslim, 865).
2. Membaca surah al-Kahfi. Diriwayatkan dari Abu Sa'ed al-Khudri bahawa nabi saw bersabda :-
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan
disinari cahaya diantara dua Jumaat" [hadith riwayat al-Hakim. hadith
ini dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Targhib,
836].
3. Memperbanyakkan berdo'a. Di riwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw menyebut bahawa pada hari Juma'at :-
"Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba
yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua,
melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan
tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [hadith riwayat
al-Bukhari #893; Muslim 852].
Secara umumnya,
hari Jumaat merupakan hari umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir
dan do'a. Malahan sehinggakan puasa khusus pada hari Jumaat di makruhkan
kerana menurut ulama' agar manusia tidak letih pada hari tersebut,
seperti juga orang yang berwukuf di padang 'Arafah. Cuma selain dari
amalan2 yang dinyatakan diatas, umat Islam bebas membaca mana-mana surah
yang lain tanpa mengkhususkan bacaan tersebut khas bagi malam Jumaat
sahaja. Sabda nabi saw :-
"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk
berqiam dari malam2 lain, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat untuk
berpuasa dari hari2 lain, melainkan telah menjadikan puasa kebiasaan
dikalangan kamu" [hadith Riwayat Muslim; #1144).
SUMBER: INTERNET
DAN SABAN TAHUN HARI JUMAAT DIPILIH OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK MEMBENTANGKAN BELANJAWAN NEGARA.
JPX
No comments:
Post a Comment