Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 11, 2011

WAKIL RAKYAT PKR LOMPAT PARTI SERTAI KITA???


Zahid Ibrahim
Mula-mula lawyer..
Mula-mula UMNO...

Zahid Ibrahim...
Dapat rezeki jadi Menteri...
Tolak rezeki masuk PRK...
Dapat petunjuk keluar PKR..
Dapat idea tubuh KITA...

Zahid Ibrahim...
Masuk PRK dijulang sebagai WIRA...
Dapat jadi calon Hulu Selangor dilambung tinggi-tinggi...
Kalah PRK sorang tak sambut...
Jatuh telentang baik nasib tak patah tengkok...

Zahid Ibrahim...
Ada yang gelar Zahid Botol...
Ada yang gelar Zahid Kuda...
Kini dia Presiden KITA...

Kenapa ajak PRK sertai KITA???
Kenapa KITA tak nak sertai Barisan Nasional???
Kan kita semua ni dari asal yang sama....

JPX

SUNGAI PETANI 10 Mac – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mengajak wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berasa terpinggir dan tidak dihargai oleh pemimpin pembangkang agar menyertai parti itu.Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, parti tersebut menyediakan ruang yang luas untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan transformasi politik.

Malah, katanya, adalah lebih elok bagi pemimpin terlibat menyertai parti terbaru berkenaan memandangkan mereka tidak lagi sefahaman dengan pemimpin PKR.

“Sekiranya mana-mana wakil rakyat merasakan tidak dihargai ataupun hilang kepercayaan dengan pemimpin, lebih baik mereka sertai KITA.

“KITA mengalu-alukan kehadiran mereka untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat demi rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri berkata, beliau memahami bahawa beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya.

“Saya tahu ramai daripada mereka begitu kecewa dengan kepimpinan PKR pusat dan negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengukuhkan kedudukan dalam parti.

“Saya berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam KITA,” katanya.
Dalam pada itu, Zamil mendakwa, PKR mungkin terkubur di negeri ini berikutan cabang parti tersebut dijangka dibubarkan tidak lama lagi.

Katanya, keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan ahli tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan pusat yang mengetepikan peranan pimpinan peringkat akar umbi.

“Selain itu, kita perhatikan ramai pemimpin terutamanya wakil rakyat yang sebelum ini begitu setia dengan parti, satu demi satu meninggalkan PKR,” katanya.

1 comment:

Alhamdulillah said...

Salam Perjuangan,

Mohon Hebahkan Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari. Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa