Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 23, 2011

PAS AKAN ANJUR MAJLIS SUMPAH LAKNAT UNTUK ANWAR


BETUL KER Ni???
BILA???
DI MANA???

BETUL KER NI???
PAS TAK TAKUT DENGAN ANWAR???
ANWAR BERANI KER BERSUMPAH???

KALAU BETUL NAK SUMPAH...
LAMA DULU DAH BOLEH SUMPAH...
BUKAN SUSAH PUN....

LEPAS NI...
KITA TUNGGU PULAK...
APA DALIH ANWAR...
APA PULAK KEJUTAN DARI PAS...

APAPUN...
SYABAS KEPADA PAS...
YANG BERANI SURUH ANWAR SUMPAH...
ATAS NAMA ALLAH...

JPX

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.

"Sepatutnya kena ada penyelesaian mengikut kaedah Islam. Bagi pihak yang mendakwa, mereka mesti ada bukti atau keterangan yang kukuh.

"Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis menafikan penglibatannya dalam video itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang berkenaan dalam video seks yang hangat diperkatakan sekarang.

"Saya tak boleh komen pasal ini, sebab saya sendiri pun tak tengok lagi benda ini.

"Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya macam direka-reka. Kalau banyak sangat, ia dah jadi seperti rekaan," ujarnya. -UTUSAN

7 comments:

Anonymous said...

pas ni buat lawa je la. tak sedar ke pas ni kan keldai pkr... :-(

Unknown said...

apa nak kata...
depa mmg suka jadi keldai...

Anonymous said...

pas ingat dia buat macam ni orang nak sokong sama dia...???

Mordecai Kucai said...

Kalau banyak sangat ia jadi sebagai rekaan? Otak bengap mana ni jadi pemimpin PAS?

Kalau banyak sangat lagi lah jelas bukti si pelaku.

Dengar cerita ada lagi 17 video. Takkan tak membuktikan malah menjadi rekaan!

Gila ke dia ni?

Unknown said...

aku yakin dan percaya Anwar tak berani...

kalau betul dia benar dan berani lama dah dulu dia bersumpah!!!

Anonymous said...

jangan percaya lah dengan puak2 pas ni.
jika disuruh terima antara ayah pin dan nik ajis...aku lebih percaya pada ayah pin.
ayah pin berdakwah pada pengikutnya shja.
nik ajis ni lagi karut..munafik...sanggup kata ALLAH mencarut,samseng..berkawan dengan syaitan dan menjanjikan syurga pada penganut syirik pas.

Anonymous said...

pengikut pas memang bongok..bangang.
pemimpin pkr ada kes ..masih nak buat pakatan..
pas memang keldai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa