Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 18, 2011

GURU LAWAN GURU DI TENANG???


Suasana Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kian terasa apabila parti yang bertanding mula menaikkan bendera parti masing-masing termasuk di Felda Tenang, Chemplak, semalam. – Bernama


LABIS 17 Jan. – Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini menyaksikan pertembungan antara dua bekas guru?

Dengan Pas telah mempertaruhkan calon bekas guru iaitu Normala Sudirman, 37, untuk menghadapi Barisan Nasional (BN), kini sembang-sembang politik tertumpu kepada siapa calon daripada UMNO untuk mewakili BN.

Dua nama yang kini menjadi sebutan sama ada di peringkat pucuk pimpinan atau akar umbi, pastinya adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis, Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya, Hashim Daud yang masing-masing mempunyai latar belakang dalam bidang perguruan.

Di kalangan masyarakat tempatan di kawasan Labis, nama Cikgu Rusdin yang merupakan sebagai Guru Penolong Kanan di sebuah sekolah rendah di Chaah bukan asing, manakala Cikgu Hashim yang juga seorang pesara guru besar turut disenaraikan dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti bagi menghadapi PRK DUN berkenaan.

Dari satu sudut, kedua-dua pemimpin ini mempunyai kelebihan masing-masing, namun jika diukur dari segi kematangan politik, Cikgu Hashim yang jauh lebih berusia terlebih dahulu bergiat aktif dalam UMNO Bahagian Labis dan merupakan anak tempatan.

Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas, namun amat disenangi masyarakat Cina dan India di kawasan DUN Tenang serta mesra dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Sifat peramah turut dimiliki Cikgu Rusdin dan walaupun berasal dari Negeri Sembilan, beliau mengajar selama belasan tahun di Chaah dan cukup dikenali oleh generasi belia di kawasan Labis ini.

Sekiranya UMNO serta BN turut memilih calon wanita untuk berdepan dengan Pas, nama yang pastinya diberi pertimbangan ialah Haslina Saleh yang kini menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis serta seorang usahawan.

Andai Haslinda diberi tugas menggalas tanggungjawab itu, UMNO dan BN harus menanggung risiko kerana faktor pengalaman politiknya yang baru 'naik pangkat' menjadi Ketua Wanita setelah menerajui Pergerakan Puteri UMNO bahagian berkenaan sebelum ini.

Satu lagi nama yang turut menjadi sebutan sebagai calon BN dalam PRK DUN Tenang ialah seorang anak tempatan Labis iaitu Mohd. Azhar Ibrahim yang kini merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit.

Bagaimanapun, beliau hanya merupakan ahli biasa dalam UMNO Bahagian Labis tetapi pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Labis sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjayanya dalam pentadbiran negeri.

Siapa pun yang akan dipilih untuk mewakili UMNO dan BN pada pilihan raya kecil itu, calon berkenaan harus mampu memberi kemenangan dan menjadi wakil rakyat yang rajin bekerja, mesra dengan masyarakat, prihatin masalah sekeliling dan boleh bertindak sebagai pemudah cara kepada urusan antara kerajaan dengan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan calon BN, Rabu ini.

Artikel dari UTUSAN

Sent from my iPad

3 comments:

Laksamana Bentan said...

Salam bro,
Teruskan perjuangan.
Moohon link ke blog sdra.
t Kasih

Bahtera Merdeka said...

Salam ziarah,

mari kita rempoh pembangkang yg sangat berhasrat memusnahkan agama, bangsa dan tanahair tercinta.

p/s: mohon ke blog sdra. T kasih

Unknown said...

Salam Perjuang,

kedua-dua blog tuan sudah ku pautkan...
mohon begitu juga di pihak tuan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa