Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 11, 2011

GEMPAR: ADUN SRI MUDA SHUHAIMI SHAHFIE DICULIK MAHKLUK ASING???


1. Nampaknya ketakutan sudah mula menghantui ADUN yang paling biadap dalam sejarah Malaysia ini. ADUN Sri Muda ini sudah mula main tarik tali dan mungkin sedang menyorok dalam tong beras di rumahnya.

2. Bila bercakap tentang sesuatu perkara perlulah fikir masak-masak. Sekarang tanggunglah akibat di atas kepandaian engkau wahai Melayu yang derkaha!!!!

3. Yang menghairankan, kenapa perlu guna orang lain untuk sampaikan yang engkau tak boleh beri keterangan??? Engkau dah takut sangat sampai tak boleh bercakap ke??? Apapun tahniah kepada Tian Chua yang sudi jadi baruah bagi bercakap untuk engkau!!!

4. Sekarang tanggunglah akibatnya. BERANI BUAT, BERANILAH TANGGUNG!!!

DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei tidak hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini bagi memberi keterangan berkaitan laporan yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor, atas nasihat peguam.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, peguam PKR memutuskan Shuhaimi hanya akan hadir memberikan keterangan sekiranya menerima notis mengikut Seksyen 111, Kanun Tatacara Jenayah.

"Setakat ini tidak ada notis rasmi dikeluarkan bagi mewajibkan Suhaimi datang ke balai...sesiapa yang diperlukan untuk siasatan kami sedia bekerjasama,” katanya kepada pemberita di luar IPD Shah Alam di sini hari ini.

Selain Tian Chua, beberapa penyokong Shuhaimi turut berkumpul di luar IPD Shah Alam di sini sambil membawa kain rentang dan melaungkan sokongan terhadap Adun berkenaan.

Ditanya mengenai lokasi Shuhaimi ketika ini, beliau berkata wakil rakyat itu berada di dalam negeri dan sibuk dengan tugasan hariannya. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa