Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, January 22, 2011

BN AKAN LETAK CALON POPULAR DI PRK MERLIMAU

PEKAN, 22 Jan. - Barisan Nasional (BN) Melaka akan menurunkan calon popular di kalangan rakyat bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pengerusi BN Melaka itu berkata, BN negeri akan mengambil pendekatan yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih calon yang boleh memenangi pilihan raya.

"Calon popular di kalangan rakyat boleh menang, kalau dulu popular dalam parti tetapi di luar tidak popular, undi susahlah sikit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan perasmian Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) oleh Perdana Menteri di sini, hari ini. - Bernama


Sent from my iPad

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa