Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 10, 2011

BARISAN NASIONAL AKAN LETAK CALON WANITA DI TENANG????


LABIS, 10 Jan. - Pergerakan Wanita UMNO meminta pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) memberi pertimbangan sewajarnya untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang 30 Januari ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesahkan pergerakan itu telah mencadangkan nama Ketua Wanita UMNO bahagian Labis, Haslinda Salleh sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil berkenaan.

"Bagaimanapun kita menyerahkan kepada pertimbangan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Presiden BN) untuk memutuskannya,” katanya kepada pemberita di Kampung Sawah Baru, hari ini.

Beliau meminta pucuk pimpinan BN tidak meminggirkan nama calon-calon wanita kerana pemimpin wanita sebagaimana pemimpin lelaki, telah menunjukkan rekod perkhidmatan yang baik selama ini.

Calon-calon wanita, menurut Shahrizat, perlu diberi pertimbangan yang sama rata oleh BN dalam usaha mereka memilih pemimpin yang berkebolehan untuk dijadikan calon bagi pilihan raya kecil itu. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Carilah calon yang lebih berkaliber, janganlah calon wanita, susah jentera pilihanraya BN nanti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa