Sebelum ini cadangan kerajaan Melaka supaya jalan di Jonker Walk dibuka dengan bertujuan untuk menilai semula keadaan kesesakan lalu lintas di situ bagi tempoh empat minggu telah dipolitikkan oleh pembangkang. Mereka memutarbelit dan memanipulasikan apa sahaja cadangan dan tindakan kerajaan Barisan Nasional yang baik dan ikhlas.
Oleh itu cadangan untuk buka jalan telah dimanipulasikan kononnya Barisan Nasional ingin menutup peluang perniagaan Cina di kawasan tersebut.
Jalan Hang Jebat itu telah dibuka bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk mulai 28 Jun lepas ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar pada hujung minggu seperti yang sering menjadi rungutan pelancong dan rakyat tempatan. Empat jalan sisi di Jalan Hang Jebat turut dirancang untuk ditempatkan peniaga terlibat.
Namun kejadian kebakaran di Jonker Walk baru-baru ini telah membuktikan betapa praktikal dan baiknya cadangan buka jalan di Jonker Walk. Kebakaran tersebut telah menjejaskan suasana pasar malam di Jonker Walk yang meriah dengan pengunjung apabila sebuah premis menjual makanan tempatan dan tradisional terbakar.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada tanglung jenis Kong Ming itu turut memaksa peniaga pasar malam di jalan terbabit menghentikan operasi perniagaan mereka.
Sikap keras kepala dan “ala komunis” para peniaga Cina yang menentang kerajaan Barisan Nasional perlu dihentikan. Oleh itu kerajaan Melaka perlu tegas dalam melaksanakan perancangan terbaik untuk rakyat Melaka. Tindakan mereka yang terlalu berlembut dengan peniaga di Jonker Walk merupakan satu langkah yang salah.
Ianya membuatkan para peniaga Melayu menganggap kerajaan Melaka berat sebelah dan terlalu mengikut telunjuk peniaga Cina. Kami telah mendengar desas desus tidak puas hati para peniaga Melayu yang merasakan mereka telah dianaktirikan. Keutamaan telah diberikan kepada peniaga Cina dalam banyak perkara.
Kerajaan Barisan Nasional perlu sedar bahawa mereka dapat memerintah Melaka atas sokongan kuat pengundi Melayu bukannya pengundi Cina. Walaupun mereka telah banyak “memberi” kepada bangsa Cina di Melaka namun bangsa Cina tetap menyuarakan n penolakan terhadap Barisan Nasional. Dengan erti kata lain, bangsa Cina yang tidak tahu bersyukur ini perlu medapatkan pengajaran yang sewajarnya bukannya dimanjakan lagi dengan melampau.
Berbalik kepada pembukaan jalan di Jonker Walk pula atas faktor keselamatan bangunan, peniaga dan pengunjung ianya sudah menjadi satu kemestian kerana ianya juga bakal memudahkan tugas pihak berkuasa terutama pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku.
Kebakaran jumaat lepas dapat dikawal. Bomba berjaya memadam kebakaran daripada merebak ke deretan bangunan bersebelahan. Nasib baik kejadian berlaku di luar waktu puncak pasar malam itu.
Sebelum ini Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana daripada DAP Lai Kuen Ban telah menyalahkan anggota bomba lambat bertindak mengawal kebakaran di premis tersebut yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Cina sebelum ini. DAP tidak habis-habis dengan provokasi jahat menyalahkan agensi kerajaan.
Hakikatnya Bomba telah bertindak pantas sejurus menerima panggilan pada 11.32 malam, namun menghadapi beberapa halangan termasuk kesukaran jentera bomba memasuki laluan di pasar malam tersebut ekoran pembukaan gerai di sepanjang jalan berkenaan.
Bomba juga menghadapi kesukaran mengesan pili bomba bawah tanah yang berada di kawasan tersebut kerana ditutup dengan meja penjaja. Lapan pili bomba bawah tanah di kawasan tersebut yang diperiksa setiap tahun bagi memastikan ia beroperasi dengan baik. Tindakan penjaja yang didapati menutup pili tersebut dengan objek lain sehingga menyukarkan bomba mengesannya boleh dikompaun maksimum RM500.
Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu takut kepada provokasi Cina DAP dalam menentukan dasar yang terbaik untuk negara. Setelah kajian terperinci telah dibuat maka kerajaan perlu tegas melaksanakan demi kepentingan rakyat. Provokasi jahat sampingan pembangkang hanyalah umpama suara langau jahat yang memudaratkan negara. Kerajaan perlu bertindak sepuluh langkah kehadapan bagi mengatasi provokasi jahat pembangkang.
belajar dari Lim Guan eng dalam menangani orang2 Melayu..cara yg sama leh digunakan utk tangani orang2 Cina.
ReplyDeleteBior bakor jangan terbakor tapi dibakor.
ReplyDelete