Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, February 08, 2014

ANWAR IBRAHIM AKAN MATI SEBELUM PRK KAJANG???

Anwar Ibrahim satu nama besar dalam politik negara Malaysia.Walaupun di akui banyak pihak sebagai salah seorang pemimpin yang paling banyak isu dan kes jenayah termasuk seks luar tabi'e beliau tetap menongkah arus menentang badai politik sehingga mampu merasuk setiap roh dan jiwa segelintir rakyat Malaysia melalui dakyah songsangnya.

Sebagai contoh parti PAS yang mengaku sebagai pejuang Islam sejak dari penubuhannya sehingga kini pun termakan dengan dakyah Anwar Ibrahim sehinggakan PAS kini di lihat tidak lebih dari pencacai dalam Pakatan Rakyat.

Segalanya bermula apabila Anwar Ibrahim seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). 

Walau bagaimanapun pada tahun 2004 Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat ke atas beliau kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.Oleh itu beliau telah dibebaskan. 

Kemudiannya pada bulan Julai 2008 beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi seterusnya melepaskan beliau sehingga kini.

Namun Mohd Saiful Bukhari Azlan mangsa liwat Anwar Ibrahim menfailkan semula rayuannya di mahkamah dan kes tersebut akan di dengar semula bermula pada tarikh 11 sehingga 13 Februari 2014.

Baru-baru ini juga Mohd Saiful sudah pun mengingatkan Anwar Ibrahim supaya hadir ke mahkamah melalui akaun twitternya seperti yang tertera di bawah.


Begitulah serba sedikit kisah latar belakang bakal calon bagi DUN Kajang yang telah di kosongkan oleh Lee Chin Cheh baru-baru ini.

Sebagai seorang pemimpin paling tinggi dalam hiraki kepimpinan Pakatan Rakyat mahupun Parti Keadilan Rakyat sendiri Anwar seharusnya berasa malu dengan apa yang sedang berlaku.Dengan kes yang masih belum selesai kemudiannya menerima atau mengatur gerakan di Kajang , Anwar di lihat begitu lemah apatah lagi kelemahan beliau tidak mampu menyelesaikan kemelut politik negeri Selangor sebagai ketua umum cukup mengjengkelkan.

Mungkin tak ramai yang sedar tentang perkara ini tapi itulah hakikatnya Anwar terpaksa menggadaikan maruahnya sekali lagi dengan bertanding sebagai ADUN Kajang semata-mata untuk masuk sebagai sebahagian daripada pimpinan dalam kerajaan negeri Selangor.

Untuk apa ? Adakah rakyat di bumi Kajang dan Selangor masih mahu menerima alasan yang di berikan oleh manusia seperti Hishamuddin Rais ?  

Ingat tentang satu perkara Hishamuddin dengan lantang menyebut "Siapa yang memiliki ketrampilan , siapa yang memiliki kredibiliti , siapa yang memiliki imej intanasional antarabangsa yang boleh keluar sesudah persidangan raja-raja mengatakan kita tidak bersetuju dengan isu Allah" !!!

Hati-hati semua kerana apa yang di maksudkan oleh Hishamuddin itu merujuk terus kepada tuntutan kalimah Allah oleh bukan Islam dan pihak gereja yang kini menjadi keresahan banyak pihak khususnya orang-orang Islam di bumi Malaysia.

Inilah gerakan dan agenda pembangkang yang paling berbahaya sekiranya ia tidak di atasi.Anwar Ibrahim kini jika di lihat keadaannya bukan lagi seorang KETUA PEMBANGKANG.

Beliau kini telah menjadi mangsa kepada kerakusan politik songsangnya bila mana manusia-manusia seperti Hishamuddin Rais menguasai sepenuhnya pola politik Pakatan Rakyat.

Mereka-mereka ini dengan gerakan 'free thinker' nya sudah pun berjaya menguasai hampir sebilangan besar penggerak-penggerak dalam Pakatan Rakyat dan Anwar kini menjadi budak suruhan kepada corak politik ANARKI yang sekian lama bertapak dalam PKR dan kini semakin menular dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai rakyat kepada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan sistem raja berperlembagaan adakah rakyat Selangor khususnya di Kajang merasakan Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk mewakili 342,657 penduduk di DUN Kajang ?

Seperkara yang harus Anwar sedar adalah dengan sebutan kes liwat Mohd Saiful Bukhari akan di dengari pada 11 Februari nanti , apakah Anwar yakin beliau akan benar-benar dapat hadir di hari penamaan calon itu ?

Sekiranya keputusan mahkamah membuktikan Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari maka sejarah Sungai Buloh akan menghantui Anwar di Kajang !!--SUMBER

1 comment:

Ari said...

kapal sinki sihat ker..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa