KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ ditahan polis, kini, ada pula seorang wanita yang mengelar dirinya sebagai ‘permaisuri’, mendakwa suaminyalah sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.
Menurut laporan mStar online, ‘permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor, telah melabelkan Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ selama ini, hanya berlagak semata-mata.
Malah, ‘permaisuri’ yang bernama Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu, telah menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya.
Lebih mengejutkan lagi, pembantu peribadi ‘permaisuri’ itu, Hidhir Yusof, berkata majikannya mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.
"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.
"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir kepada mStar online.
Ia dilaporkan bahawa, ‘permaisuri’ itu cuba bertemu dengan Idris tetapi percubaan itu kurang berjaya.
Pada 14 Januari lepas, Raja Noor Jan Shah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Penahan itu dibuat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, selepas pihak polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/permaisuri-suami-sayalah-sultan-melaka-sebenar-28582?cp
mcm2..
ReplyDeleteMacam-macam semuanya gila pangkat. Ada nak jadi nabi, ada nak jadi ulamak tersohor, ada nak jadi sultan, ada nak jadi tuhan.
ReplyDeleteTapi paling gila meroyan tahap gaban adalah mereka yang nak jadi Perdana Menteri dengan demonstrasi jalanan.
Hidir mengamal ilmu katak bersujud. Mata dan kaki di atas ,tangan dan buntot dibawah.dgn zikir tertentu boleh memusingkan aura macam gasing. Levitation boleh terbang. Ilmu ini rasia alam.
ReplyDeleteLEPAS NI ADA LA PULAK PEREMPUAN CINA DARI DAP BUAT TUNTUTAN YANG DIA ADALAH DARI KETURUNAN PUTERI HANG LI PO. BUAT TUNTUTAN KE ATAS MELAKA.
ReplyDeletekenapalah orang luar ramai sangat nak jadi sultan melaka .... donia donia
ReplyDeleteSheikh Aljasini
Kalau 'Permaisuri Melaka' siapa Sultannya...? Kalau tidak ada Sultannya boleh ke Beta jadi Sultanya....?
ReplyDeleteSalam berpijak dibumi nyata dok kat selangor nak mengaku sultan pastu nak takut2 orang melaka ..turun melaka ckp dgn sesiapa yg mengaku sultan meh kami orang2 yg mendalami ilmu nak tengok betui atau tidak .tapi andai tidak berlaku hujan ribut dimelaka anda akan dapat rasa tapak kaki kami semua...
ReplyDelete