Pages

Sunday, January 19, 2014

KENAPA UMNO TAK JADI SAMAN TIAN CHUA


PENULIS sudah jelaskan beberapa hari lalu bahawa isu UMNO menarik balik saman ke atas Tian Chua & Mustafa Ali, tidak langsung menunjukkan bahawa UMNO sebagai parti yang lemah.

Bagaimana UMNO boleh lemah bila kedua pihak berkenaan nafi ada tuduh UMNO dan dalam kes Tian Chua, dia siap menyatakan rasa kesal?

Tapi nampaknya, masih ada juga yang tidak faham dengan isu sebenar dan mahu menyalahkan UMNO kerana buat keputusan itu (tarik balik saman), terutama dalam kes Tian Chua – sedangkan itulah kes dimana UMNO ‘menang besar’ kerana Tian Chua mengaku salah dan menyatakan kesal!!

Dari apa yang penulis faham, kekeliruan dalam kes Tian Chua ini berlaku bila ramai yang mengaitkan tarik balik saman ini dengan pasukan keselamatan yang berjuang dalam insiden tersebut kerana tidak dibela kononnya, sedangkan isu itu tidak berkaitan sama sekali.

Saman itu berlaku kerana Tian Chua mengaitkan nama UMNO dengan kejadian tersebut, apa kena mengena dengan pihak-pihak lain?

Itupun tak juga betul mengatakan Tian Chua terlepas begitu saja.  Dia masih berhadapan dengan dakwaan jenayah di bawah Akta Hasutan dan pengakuan salahnya dalam kes ini akan menjadi faktor penting dalam perbicaraan itu nanti.

Jadi apa isunya sampai UMNO nak disalahkan?

Lebih teruk lagi, ada juga yang penulis lihat, mendakwa dia mewakili 3 juta ahli UMNO yang mahu tindakan disiplin dikenakan ke atas Setiausaha Agung UMNO, Setiausaha Kerja UMNO dan Penasihat Undang-Undang UMNO atas keputusan tersebut.

Siapa beri dia hak itu, bercakap atas kapasiti apa, kita pun tak tahu.  Setahu penulis, belum ada resolusi mengecam keputusan itu dibuat oleh mana-mana bahagian UMNO setakat artikel ini ditulis.

Dari segi konsep perjuangan itu sendiri, penulis pun nak tahu apa untungnya yang UMNO boleh dapat dengan cara salah menyalah macam ini?  Apa juga untungnya dapat dengan meminta semua pemegang jawatan yang disebutkan atas dikenakan tindakan?

Apa yang penulis lihat, tidak ada untung satu sen pun, malah boleh menjurus kepada pecah belah yang lebih berat lagi.

Patutnya, Tian Chua itu yang diserang dari pelbagai sudut kerana dia sudah mengaku salah serta kesal kerana membabitkan UMNO dalam kenyataan yang disiarkan Keldaian Daily tersebut, ini tidak, UMNO pulak yang kena?

Atau hentam Mustafa Ali sebab tiba-tiba divert kenyataan tuduh blogger UMNO – mana-mana satulah, yang salahkan UMNO tu apa motif pulak?

Kadang-kadang, tak faham betul dengan sikap manusia ni.--MYKMU

3 comments:

  1. kalau dah ada ruang dan peluang, demi menjaga maruah umno, kenapa perlu tarik balik. ok lah, kematian wira2 lahad datu tiada kaitan dgn penarikan balik kes. adakah itu akan menaikkan moral dan kredibeliti umno di mata ahli umno sendiri? sekarang ini, kemenangan kes di mahkamahlah 'key' kepada nilai moral dan kredibeliti! adakah umno takut menang kes di mahkamah? kemenangan itu nanti akan mengundang rasa benci ahli umno dan orang melayu kepada parti, heh? untuk mengelakkan 'skil' penakut tak ada telur ini makin menyakitkan hati ahli umno lebih elok kiranya blogger2 pro umno berenti mengulas.

    ReplyDelete
  2. " Saman itu berlaku kerana Tian Chua mengaitkan nama UMNO dengan kejadian tersebut, apa kena mengena dengan pihak-pihak lain?"

    Saya rujuk perenggan saudara di atas.

    Masalahnya saudara jangan ingat kita semua tak tau pasal perbezaan tindakan sivil dan tindakan jenayah. Janganlah pandang rendah orang UMNO saudara macam kami ni bodoh sangat.

    Kami mahu balasan semaksimum atas si haram jadah itu dalam kedua-dua tindakan sivil dan jenayah. Kami juga faham bahwa tindakan sivil mungkin ambil masa lama menunggu tindakan jenayah atas haram jadah itu selesai dahulu. Itu kami faham

    Macam ni. saya tinggal di kawasan Ulu Kinta. Kawasan Kem Vat 69 di Ulu Kinta ada di sini. Saudara boleh check Ip address saya dan lihat dari mana saya buat sambungan internet malahan nama saya pun boleh keluar pun.

    Maka di kawasan ini ada ramai rakan taulan yang berkait rapat dengan wira-wira yang terkorban. Mereka juga merasa terhina sebab Tian Chua seolah-olah mengatakan mereka ini barua UMNO atau Kematian mereka adalah sebagai anjing gunaan UMNO dalam konspirasi yang di dakwa oleh Tian Chua. Di tambah pula dengan sorak-sorai puak-puak mereka (red Bean Army misalnya)yang mengapi-ngapikan mengatakan pasukan keselamatan ialah anjing UMNO. Ini bukan isu Tian Chua seorang sahaja sahaja. Kata-kata Tian Chua di sambut oleh geng-geng cyber trooper mereka untuk menghina pasukan keselamtan kita. Jentera mereka secara besar besaran menghina terus pasukan keselamatan. (Contoh - pasukan keselamatan ke Sabah naik Air Asia.)

    Kalau saya jadi mereka saya pun marah kerana mereka berjuang untuk agama dan negara. Mereka atau persatuan mereka tidak boleh membuat tindakan sivil kepada Tian Chua sebab mereka tiada Locus Standi dalam hal ini. UMNO ada locus standi. (ya mereka dan orang UMNO tidak bodoh saudara sebab kami juga tahu locus standi itu apa).

    Mereka juga kebanyakkannya penyokong kuat UMNO (walaupun bukan ahli UMNO - boleh rujuk kepada rakan-rakan saudara yang ada di Bahagian UMNO Ulu Kinta.) maka mereka berharaplah tindakan sivil ini di ambil oleh UMNO dan menyokong penuh.

    Malangnya UMNO buat perangai simpan telur. Mereka berjuang sampai mati walhal UMNO siap boleh salam tangan dan senyum-senyum dengan haram jadah tu ambil gambar dan tayang kat media.

    Kalau saya perhatikan UMNO ada tindakan yang kukuh untuk menang dalam tuntutan sivil ini. Kenapa hendak tarik diri dan membuat penyelesaian sebegini? Kalau benarlah nak tarik balik buatlah syarat contohnya minta Tian Chua sebarkan minta maaf di akhbar muka penuh sebanyak tiga kali dalam akhbar utama misalnya.

    Satu lagi saya muskil adalah Peguam yang ambil kes ini kompeten?

    Akhirnya saudara dengan ini adakah saudara masih fikir hal ini tiada kaitan dan taida kena mengena dengan orang lain selain UMNO sahaja?

    Jawapannya Tidak kerana ianya bukan hal UMNO sahaja tetapi meliputi gambaran yang lebih luas.

    Orang lain sanggup mati bertempur berpanas membuat demo kecil-kecilan dan sanggup membuat laporan Polis yang saya ingat boleh cecah 1000 laporan mungkin lebih. Tiba-tiba UMNO yang ada kes kukuh tarik diri. Pihak yang di harapkan menjadi wira (sekurang-kurangya dalam tindakan sivil) tiba-tiba buat sebegini.

    Tindakan Jenayah? mengikut Rekod kamar Peguam Negara rasanya selalu meihak kepada mereka puak haram jadah.

    Saya berharap saudara berbesar hati dan berlapang dada dalam hal ini dan membuat siaran supaya kita boleh mengambil ikhtibar.

    ReplyDelete
  3. tak payah nak pertahankan org2 bodo dlm umno. fedup!

    org melayu dah fedup.paham x?

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.