Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 27, 2014

KETUA PUTERI DAH MULA BERSUARA



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial Facebook dan juga provokasi penggantungan poster-poster berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Bt Samsudin menyifatkan perbuatan ini terlalu biadap, berniat jahat dan sengaja diadakan bagi membangkitkan ketegangan agama di Malaysia.

“Puteri amat dukacita dengan perbuatan ini dan menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan drastik mengenalpasti siapa dalang disebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan. Ini kerana jika tidak dibendung dengan segera, kita khuatir puak-puak pelampau ini akan bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.”

“Saya merasa amat kecewa kerana ada pihak yang terang-terangan ingin menggugat keharmonian dan menangguk di air keruh di saat pihak kerajaan bertungkus lumus merapatkan barisan untuk mengeratkan kembali hubungan 1Malaysia.

Lupakah kita terhadap usaha nenek moyang kita dahulu bersatu padu dan berjuang berhabis-habisan bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu untuk memastikan semua bangsa dapat hidup bebas, aman dan damai?  Mengapa kita sewenang-wenangnya hendak menghancurkan kerukunan yang telah 57 tahun kita nikmati ini?”

Beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia, jika masih sayang dan cintakan Malaysia, hentikanlah perbuatan provokasi ini dan sama-samalah hormati agama Islam sebagai agama rasmi.

3 comments:

Anonymous said...

laaa. ingatkan puteri umno dah tak wujud..pi tido la lagi bagus negara dah nak jahanam dah baru nak tersedar.

Anonymous said...

Perang sudah nak TAMAT baru nak gerak.....jangan marah kalau dapat CAP SIPUT..

Anonymous said...

Biar lambat sikit tak pa...jangan lupa terus..

Kembali pada Allah dan Rasul mohon hidayah pembetulan......insyaallah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa