Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh Pendakwaraya untuk memfailkan Rayuan untuk Kes Liwat 2 adalah
- keraguan terhadap integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful
- kecuaian Pegawai Penyiasat
- kenyataan hipotesis oleh 'expert witness' iaitu David Wells dan Brian Macdonald
Dalam Petisyen yang difailkan, sebanyak 9 sebab telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwaraya untuk pertimbangan semula Hakim-hakim di Mahkamah Rayuan daripada aspek undang-undang. Menurut Petisyen yang difailkan, Hakim Mahkamah Tinggi telah salah tafsir kes dan bukti-bukti yang dibentangkan berikutan kewujudan beberapa percanggahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu dengan keputusan muktamadnya pada 9 Januari.
Misalnya, jikalau integriti sampel diragui, ATAS DASAR APA Tuan Hakim menyuruh Anwar Ibrahim untuk 'enter defence'. 'Enter defence' bermaksud Pihak Pendakwaraya telah membuktikan ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim bersalah.
Hakim Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya pada masa tersebut telah mengesyorkan integriti sampel DNA Saiful tidak dikompromi. Oleh itu, ada asas untuk menyuruh Anwar Ibrahim untuk menjawab tuduhan ke atasnya.
TERUS BACA >>>DI SINI<<<
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.