Pages

Monday, December 23, 2013

APAKAH MCA MAMPU BANTU BN SELEPAS INI?


Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Dr Wee Ka Siong yang dipilih perwakilan MCA sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MCA yang baru dalam pengundian pemilihan parti komponen BN itu semalam. Ramai yang menjangkakan kemenangan “regu” itu sebenarnya…

Di dalam kemeriahan menyambut kemenangan itu, saya harap Tiong Lai dan Ka Siong tidak lupa pada saranan 4R yang dicadangkan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perlu diingat, MCA di zaman sekarang bukannya sekuat MCA di zaman dulu…

Tiong Lai dan Ka Siong pada saya memiliki misi yang sangat getir sebenarnya. Di saat ini, boleh dikatakan lebih 90% majoriti kaum Tiong Hua beralih arah menyokong pihak pembangkang, khususnya DAP.

Tidak kira sama ada dari dewan-dewan perniagaan mahupun persatuan-persatuan yang berasaskan kaum Cina, kebanyakkan mereka lebih cenderung memberi undi pada pihak pembangkang pada PRU ke-13 yang lalu. Saya yakin, ahli MCA pun ramai yang berikan undi pada Pakatan Haram pada dua siri PRU yang lalu…

Sebelum ini bekas Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, pernah berikrar bahawa dia akan menarik kembali undi kaum Cina untuk mengundi BN. Malah ketika dia menang bertanding jawatan tertinggi MCA itu, dia bertegas enggan menerima sebarang jawatan kerajaan bagi memberikan fokus mengembalikan sokongan kaum Cina pada MCA.

Begitu juga ucapan-ucapan para pemimpin dan perwakilan MCA ketika itu. Kata mereka, MCA perlu berubah dan kembali memenangi hati kaum Cina yang beralih arah dari parti terbesar kaum Cina tersebut. Selain itu, desas-desus di bawah pentas turut memberi komen mempertikai keadaan UMNO yang ketika itu sedang “demam” dan “lemah”…

Setelah peralihan kuasa berlaku di dalam UMNO, kini UMNO membuktikan sokongan Melayu dan majoriti umat Islam Malaysia telah kembali kepada parti keramat bangsa yang menjadi tunjang BN itu. Buktinya boleh dilihat pada PRU ke-13 yang lalu. Sila rujuk statistik kemenangan UMNO berbanding parti komponen yang lain…

Tapi bagaimana dengan MCA? Tewas teruk, bukan? Berapa banyak kerusi yang hilang? Berapa ramai pemimpin MCA yang kecundang mengejut? Tapi UMNO tidak melatah. UMNO dan BN tidak marahkan MCA. Cuma kami para penyokong UMNO memang marah pada lebih 90% kaum Cina yang menipu BN!

Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada MCA pada PRU ke-14 nanti. Namun saya lebih suka mengingatkan bahawa seluruh negara tertumpu pada sokongan kaum Cina pada PRU ke-14 sebagaimana PRU ke-13 tempohari. Dunia politik demokrasi mengira undi, bukan janji kosong…

Saya tertanya-tanya, berapa peratuskah sokongan masyarakat Cina yang dapat dikembalikan oleh Tiong Lai dan Ka Siong pada MCA? Dari lebih 90% yang hilang, berapakah peratuskah yang dapat dijanjikan Tiong Lai dan Ka Siong untuk ditarik kembali untuk BN? Jangan lupa pula pengundi baru kaum Cina nanti…

Saya bukannya mahu campur tangan dalam urusan “rumahtangga” MCA. Sebolehnya, saya enggan ambil tahu pun. Tapi bila diingatkan kembali pola undian pada PRU ke-13 tempohari, saya merasakan seolah-olah MCA tidak wujud sama sekali di dalam BN. Ke”mana” MCA agaknya?

Maka sebab itulah saya terpaksa menulis untuk mengingatkan parti komponen BN itu supaya bangkit kembali. MCA tidak punya banyak masa. PRU ke-14 bakal berlangsung kurang 5 tahun dari sekarang. Kalau gagal tarik 50% dari sokongan kaum Cina untuk BN, apa reaksi MCA agaknya selepas itu?--SUMBER

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.