Kadang-kadang, malas juga rasanya nak menyentuh tentang politik “budak-budak” yang kurang matang, mentah dan “ntahapahapa” seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismet dan konco-konco mereka ini.
Tapi memandangkan golongan muda merupakan bakal pewaris kepimpinan negara, saya rasa terpanggil untuk mengulas mengenai beberapa individu yang kononnya menjadi “wakil suara mahasiswa seluruh negara” tersebut.
Sebagaimana maklum, Adam Adli baru saja dibebaskan dari tahanan reman setelah dilokap selama 6 hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan cuba menghasut rakyat untuk berkelakuan ganas menggulingkan kerajaan yang dipilih majoriti rakyat Malaysia.
Paling “tak tahan”, Adam Adli dianggap “hero” dan dia dikatakan “wakil suara mahasiswa” oleh kepimpinan Pakatan Haram. Tak boleh “blah” betul…
“Hero mahasiwa” apa kalau sejarahnya dia banyak melakukan perkara bodoh seperti turunkan bendera Datuk Seri Najib, tidur atas jalan, panjat pagar dan mengetuai budak-budak sekolah yang belum boleh mengundi untuk merusuh di jalanan?
“Wakil suara mahasiswa” apa jika segala tindakannya itu dibantah dan ditentang, malah dianggap sebagai sangat memalukan imej golongan terpelajar oleh majoriti para mahasiswa di seluruh negara?
Pada saya, mahasiswa seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismet dan seangkatan dengan mereka telah dirosakkan mindanya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, khususnya para pemimpin Pakatan Haram.
Hasilnya, mereka-mereka ini menjadi begitu aggresif, cetek pemikiran dan tidak berfikir panjang, sekaligus melakukan tindakan-tindakan bodoh yang kita sendiri tidak sangka sanggup dilakukan oleh segelintir mahasiswa ini.
Maka sebab itulah ada yang sanggup turunkan bendera, tidur atas jalan, panjat pagar, sertai rusuhan dan bertindak ganas memukul anggota polis sesuka hati.
Persoalannya, siapa yang mendorong mereka hingga jadi begini? Tidur atas jalan, maka mereka dianggap “hero” oleh Anwar Ibrahim. Panjat pagar, maka mereka dilabel “suara mahasiswa seluruh negara”. Pukul polis, maka mereka dianggap “dewa mahasiswa”? Hek ellehhhh…
Akibatnya, hidup anak muda yang berotak seperti Adam Adli ini dirosakkan apabila kebanyakkan dari mereka menerima tindakan disiplin, digantung belajar di universiti masing-masing dan dipandang serong oleh teman-teman sekuliah.
Paling teruk misalnya, Adam Adli telah rosak teruk hidupnya apabila ditahan polis atas dakwaan yang sangat serius yang boleh mencacatkan rekod peribadinya seumur hidup. Syarikat atau pihak mana yang sanggup menggajikan Adam Adli yang punya rekod jenayah selepas ini?
Saya yakin, Adam Adli terpaksa mengharungi hidup yang sukar selepas ini. Mahu atau tidak, Adam Adli hanya mampu bekerja untuk Pakatan Haram saja dan ia akan menyebabkan dia “terkurung” selama-lamanya bersama Pakatan Haram selagi hayatnya ada…
Cuba bayangkan kalau Adam Adli bersikap seperti mahasiswa-mahasiswa yang lain di universiti. Ada juga dikalangan mereka yang tidak puas hati terhadap kerajaan. Tapi mereka tumpukan dulu terhadap pelajaran dan ilmu. Selepas berjaya menggenggam ijazah, barulah mereka aktif mengkrtik mana-mana pihak yang mereka mahu.
Susah sangatkah untuk berlaku bijak dalam hidup? Mengapa Adam Adli dan rakan-rakannya itu sanggup rosakkan hidup mereka dengan begitu mudah? Tidak lain tidak bukan, dalangnya ialah Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram. Merekalah perosak anak bangsa..!!!
Nasib kau la Adam....
ReplyDeleteKalau abang nuar dah bungkus nanti boleh la adam jual bontot jadi nyah kat bkt bintang
ReplyDeleteCian Adam.
ReplyDeletesalam.Admin
ReplyDeleteMohon jasa baik tuan linkkan Blog GMC ke laman baru: Http//gmc-gunungmatcincang.blogspot.com.
wassallam- GMC
Budak ni pun kaki jubox jugak..
ReplyDelete