Pages

Saturday, May 25, 2013

ALHAMDULILAH:SEORANG LAGI FACEBOOKER KOMUNIS DI TAHAN POLIS


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek dipercayai menghina Sultan Terengganu setelah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya mengesan kejadian tersebut di laman sosial Facebook. 

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, perkara ini amat serius ekoran perbuatan tersebut menghina institusi di Raja negara. 
"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. 
"Jenayah tetap jenayah, walau pun pun di dalam media sosial," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Menurutnya lagi, tiada siapa yang dikurniakan imuniti dalam pelaksanaan undang-undang dan setiap pengguna media sosial barus bertanggungjawab ke atas setiap akaun mereka sendiri. 
"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. 
"Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," katanya. 
Kes disiasat mengikut  Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh disebut mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 jika sabit kesalahan.  

3 comments:

  1. Nanti juma Nazri dan Najib semua boleh di maafkan..Itu la nasib menjadi saorang bukan melayu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah PDRM, masalahnya tindakan pihak berkuasa amat LEMBAB sebab itu semua ini menjadi2...Lihat sahaja keliling kita...

    ReplyDelete
  3. Langgar kontrak sosial boleh dilucutkan kewarganegaraan sebagaimana yg terkandung di dalam kontrak yg lalu

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.