Pages

Thursday, April 25, 2013

SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BILIK GERAKAN BN GAGAL



Berlaku cubaan bakar Bilik Gerakan BN DUN Jelapang Parlimen Batu Gajah pada subuh tadi.

Kebetulan Polis sedang membuat rondaan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menyalakan api.

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Nissan berwarna merah. Berlaku aksi kejar mengejar. 

Kereta suspek dipercayai terbabas dan ditahan anggota Polis.

Sementara itu kebakaran di Bilik Gerakan BN dapat dipadamkan oleh petugas-petugas dan orang ramai. 

Dalam kereta Nissan merah itu terdapat bom petrol dan 5 bilah parang panjang.

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi tadi. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan pada petugas-petugas Bilik Gerakan BN akibat dari kebakaran tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh tiga lelaki sebelum mereka bertindak melarikan diri menaiki kereta Nissan Sentra. -- SUMBER

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.