Pages

Thursday, April 25, 2013

SABAH DAH HILANG: ANWAR IBRAHIM HAMPIR PENGSAN TERPERANJAT!!!

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, apabila empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR keluar parti untuk menyertai UMNO.

Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.
Mereka mengumumkan keputusan mereka pada sidang media yang dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Bangunan UMNO di sini, hari ini.

Sambil mengalu-alukan keputusan menyertai UMNO, Yahya berkata, pendirian mereka adalah bijak selepas menyedari hanya kerajaan BN saja yang mampu membela nasib rakyat.

Beliau berkata, keputusan itu menunjukkan ketua cabang PKR berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu di Sabah.

Dalam pada itu, Mazhry berkata, keputusan keluar parti itu dan menyertai UMNO dibuat tanpa didesak atau didorong oleh mana-mana pihak.

Saidil, yang juga pengarah Buku Jingga PKR Sabah, berkata beliau membuat keputusan itu selepas menyedari perjuangannya selama ini bersama parti pembangkang itu adalah kosong dan sia-sia saja. - BERNAMA

Sent from my iPhone

4 comments:

  1. http://www.freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete
  2. Penyertaan sebab x menjadi calon.. ermm... adakah UMNO/BN akan dibanjiri oleh orang-orang seperti ini? aaahhh politik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR Parti Kekurangan Rakyat ramai telah berpindah ke parti lain hanya mereka yang dianggap bahlol saja yang masih menyanjung Anu sinuar sampai bengkok..

      Delete
  3. SEBABNYA PKR PARTI ANAK BERANAK DAN KELAARGA PUAKA...BUAT KEPUTUSAN IKUT SUKA HATI...ANU MAR DAN AZMIN...GENG LUCAH NI....PEMIMPIN LAIN DISEPAK MACAM ANJING...PARTI KELUAR RAMAI2

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.