Pages

Friday, November 23, 2012

PRU 13 PILIHANRAYA TERAKHIR BUAT PAKATAN PEMBANGKANG!!!???



Terus terang dikatakan, Tun Dr Mahathir Mohammad walaupun telah menjadi mantan Perdana Menteri Malaysia, tetap mempunyai karisma dan pengaruhnya yang tersendiri. Bapa Permodenan itu seringkali mengeluarkan buah fikirannya tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Malaysia. Pendapatnya pula tidaklah selalu memihak kepada satu pihak sahaja, kerana beliau sangat berterus terang di dalam menyampaikan ideanya.

Kadang-kala ucapannya digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Terutamanya semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kritikan Tun Mahathir sentiasa tepat dan berisi, ini disambut baik oleh kedua-dua belah pihak kerana teguran yang diberikan ikhlas dari hati beliau sendiri. Namun begitu setelah Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Dr Mahathir jarang mengeluarkan apa-apa kenyataan mengkritik kerajaan, cumanya beliau sering melemparkan kritikan keras kepada pihak pembangkang pula.

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohammad menyerang dasar kolaborasi di dalam Pakatan Pembangkang. Dengan menyatakan pakatan di antara pembangkang tidak berunsur perpaduan beliau juga menyelar penyatuan parti-parti pembangkang tanpa apa-apa perjanjian formal. Menurut beliau ini akan mendatangkan masalah sekiranya pakatan pembangkang diberikan kuasa untuk memerintah Malaysia.

Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam isu ini sememangnya benar, ini kerana belum pun memerintah Malaysia pakatan tersebut sering bertelingkah di dalam isu-isu asas. Sehingga kini konsensus untuk siapa yang akan menerajui Malaysia sekiranya mereka menang masih lagi di dalam “proses” perbincangan.

PAS sibuk dengan sistem perundangan Islam acuan mereka, PKR pula masih lagi berpaksikan Anwar Ibrahim dan DAP tetap mahu orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, satu pertelingkahan besar akan berlaku sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Namun sehingga kini belum lagi ada usaha pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikan mimpi haram mereka sebagai suatu kenyataan yang positif.

Bukan sahaja isu siapa yang bakal memimpin, isu berapa kerusi untuk diisi pun sudah menjadi pergaduhan besar. Sehingga kini, mereka masih lagi berkira-kira untuk memenangkan parti mereka sendiri dan bukannya pakatan yang mereka anggotai.

Apakah Malaysia akan terjerumus kedalam lembah kekecohan agama dan kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti? Itulah persoalan utama yang akan terus menjadi tanda tanya di minda para pengundi di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, sanggupkah rakyat Malaysia yang selama ini sudah dimanjakan dengan pelbagai kemudahan, berani untuk hidup di dalam keadaan darurat? Sanggupkah risiko diambil oleh rakyat Malaysia, hanya kerana mereka ingin menikmati janji-janji palsu yang telah ditabur berkoyan-koyan oleh agen-agen Pakatan Rakyat?

Walauapapun yang terjadi, kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebagai seorang manusia yang berfikiran waras kita seharusnya dapat menilai secara terbuka yang manakah lebih baik untuk diri kita. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpaksikan keterbukaan pemikiran dan konsep wassatiyyah (kesederhanaan). Secara ringkas, satu perkara tidak boleh lebih dari yang lain, ini kerana kesefahaman yang telah lama dibina ini boleh menjadi sebegitu rapuh sekiranya ideologi-ideologi yang salah meresapi akarnya.

Kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sepatutnya dijadikan pedoman oleh setiap rakyat Malaysia yang mahukan keamanan dan kesejahteraan negaranya. Ia bukan bermotifkan politik, tetapi lebih kepada penghayatan realiti yang sering dilepas pandang oleh kita semua.

5 comments:

  1. Demi krn Islam agamaku, Malaysia negaraku dan Melayu bangsaku, tidak akan ku khianati kebaikan yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, hidup UMNO hidup BN

    ReplyDelete
  2. Demi Islam agamaku, Melayu bangsaku, Malaysia negaraku, tidak aku khianati kebaikan yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, hidup Umno, hidup BN, Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  3. umno tidaklah terlalu bagus, sana sini ada kelemahan. namun setakat ini tiada satupun parti yg lebih baik dpd umno. yg adapun, setakat jd pencacai dan keldai kpd parti lain yg umurnya baru setahun jagung. sehingga wujudnya parti yg lebih baik dpd umno nanti, maka umnolah sahaja yg terbaik ketika ini.

    ReplyDelete
  4. Bahkan konsep, fungsi dan peranan 'pembangkang' itu sendiri patut diubah. Satu garis panduan mesti diujudkan. Dan istilah pembangkang itu juga seharusnya ditukar kepada satu istilah yang lebih sesuai. Dalam keadaan sekarang, ruang lingkup bagi membuat pembangkangan telah/sedang diperkosakan oleh anasir-anasir berjiwa khianat, benci, dendam, opportunis, dan sebagainya. Ini telah banyak membawa kepayahan untuk pihak Kerajaan meneruskan kerja-kerja pembangunan dengan aman. Kerana konsep pembankang yang diguna-pakai di Malaysia ada konsep pembangkang tok-tok. Tak kira kebaikan kah, seduatu yang nyata-nyata betul kah - asal datang dari pihak kerajaan mesti dibangkang. Konsep pembangkangan begini hanya membawa kehancuran; setidak-tidaknya, keterancatan usaha dalam pembangunan negara.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.