Salam 1Malaysia….. Rakyat telah penat dan muak dengan laporan yang dibuat oleh ABC News terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap surat yang diberikan kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta pertolongan beliau bagi menghadapi PRU-13.
Beberapa bulan lalu, Pengerusi Bersih, sebuah organisasi yang dikatakan berjuang untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil, Ambiga Sreevenasen telah ke Australia untuk membuat perkara yang sama. Dia telah meminta agar kerajaan Australia mengawasi piilhanraya di Malaysia.
Permintaannya telah ditolak. Menurut Bob Carr,”Saya dapati bahawa pilihanraya di Malaysia adalah adil dan bersih – kerajaan tersebut telah kehilangan 2/3 majoriti di parlimen.”
Dengan itu, Ambiga terpaksa kembali ke Malaysia dan memberitahu Anwar bahawa Australia enggan mengawasi pilihanraya di Malaysia hanya untuk menjatuhkan imej kerajaan.
Walaupun Ambiga sering menyatakan bahawa Bersih adalah organisasi bebas, Anwar tetap bertanggungjawab dalam memberikan segala arahan dalam demonstrasi mereka. Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain juga sering berada berdekatan dengan Ambiga bagi setiap demonstrasi Bersih.
Namun, ketika Carr mengadakan lawatan ke Malaysia, Anwar sekali lagi bertanyakan perkara yang sama kepada beliau. Carr memberikan jawapan yang sama, tidak.
Carr telah menolak permintaan Ambiga dan juga Anwar, termasuk kepada surat yang telah ditulis Anwar kepada Carr dan menurut ABC news, Carr telah menolak permintaan mereka sebanyak empat kali.
Nampaknya Anwar tidak faham akan maksud ‘tidak’. Mungkin itulah sebab mengapa dia dibicarakan sebanyak dua kali dalam kes liwat.
Walaupun Anwar akhirnya akur dengan pendirian Carr, itu tidak menghentikan dia dari merosakkan cubaan untuk memburukkan imej kerajaan.
Anwar mempunyai cita-cita dan ego yang terlalu besar yang tidak memungkinkan dia untuk berputus asa. Anwar ingin menjadi seseorang yang paling berkuasa di Malaysia. Untuk mencapai cita-cita tersebut, Anwar perlu menjatuhkan kerajaan terlebih dahulu.
Dia pasti boleh berjaya dengan jumlah dana misteri yang banyak diterima sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Rakyat sering mendapat bantuan dari pihak kerajaan melalui subsidi-subsidi yang diberikan kepada mereka. Keamanan, keselesaan dan makanan adalah beberapa perkara yang dianggap sebagai kemudahan yang dapat dinikmati rakyat berbanding dengan negara-negara lain.
Inilah yang membuatkan Anwar berang kerana dia tidak mampu untuk mengatasi pihak kerajaan dalam pilihanraya kerana kerajaan telah menjalankan kerja yang baik.
Jadi, Anwar memerlukan pertolongan dari luar. Namun, dia perlu meyakinkan pihak luar bahawa rakyat memberikan sokongan penuh terhadapnya dan mereka mahu kerajaan diubah namun perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana sistem pilihanraya tidak adil dan bersih.
Walaubagaimanapun, dengan kejayaan dalam menguasai empat negeri dibawah PR dalam pilihanraya lalu, tuduhan bahawa sistem pilihanraya kotor adalah sesuatu yang dibuat-buat dan hanyalah satu penipuan.
Anwar adalah seorang penipu dan kini seluruh dunia mula sedar akan perkara tersebut.
Suleiman Faris
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.