Lagi nak dekat PRU 13, lagi ligat Tok Ali kerja untuk
memastikan BN akan terus menjadi pilihan rakyat Melaka nanti.
Tok Ali punya ligat bekerja sampai aku nengok tidur pun
kadang-kadang sambil berdiri. Memang kita semua tak boleh nafi bahawa Tok Ali
memang kuat kerja dan takde saper boleh lawan cara kerja dia ni kalau di
Melaka.
Bila cerita bab PRU ni, aku pun ada dengar satu versi
cerita yang kata Tok Ali akan bertanding
sebagai Ahli Parlimen dan akan melepaskan jawatan Ketua Menteri.
Cerita ni memang hangat dan “sedap’ diperkatakan oleh
beberapa pihak yang sedang galak pasang badan dengan harapan mereka atau “ketua”
mereka akan terpilih sebagai Ketua Menteri Melaka jika benar-benar Tok Ali
tidak bertanding kerusi DUN kelak.
Dari apa yang diceritakan pada aku, sekarang ni ada beberapa
pemimpin di Melaka ni sebuk ada kumpulan yang “mengusung” ketua mereka dan
mencanangkan bahawa “ketua” yang mereka usung itu adalah bakal Ketua Menteri Melaka.
Punya taksub kumpulan ini pada bakal Ketua Menteri Melaka
itu, mereka siap ugut dan “pesan maut” kepada mereka yang tak mahu ikut “ketua”
yang mereka usung itu. Wah, hebat bukan gelagat “pengusung-pengusung” ni….
Cerita ini aku kutip dari beberapa rakan pemuda yang kecewa
dengan sikap “pengusung-pengusung” yang
lebih mementingkan politik individu dari survival parti.
Jangan terlampau taksub dan yakin yang “ketua” yang kau
usung tu dapat jadik Ketua Menteri. Ini semua belom pasti dan sangat susah untuk ditetapkan.
Kalau BN memang besar sekalipun, belom tentu “Ketua” yang
mereka usung ni boleh jadik Ketua Menteri Melaka. Itu semua akan ditentukan
oleh Perdana Menteri. Itu cerita kalau BN menang besar, kalau sebaliknya…macam
mana???
Aku pun bila dengar cerita macam ni pun naik fed-up. Orang
muda yang cerita pada aku ni nampak kecewa dengan sikap beberapa kerat pemimpin
yang macam ni, Ini sedikit sebanyak menaikan kebencian dan punca kenapa orang
muda tidak minat pada UMNO.
Bakal Ketua Menteri
Melaka ni patutnya bawak “pengusung-pengusung” dia bekerja kuat untuk bantu Tok
Ali dan BN menang besar supaya hajat dia nak jadik Ketua Menteri mudah
tercapai. Ini tidak, dia dan “pengusung-pengusung” dia asyik nak melawa dan terus
berangan-angan nak jadik Ketua Menteri Melaka.
Mana boleh macam ni, kerja tak nak buat ada hati nak jadik
Ketua Menteri. Susahlah Malaysia macam ni. Kalau macam ni punya senang nak jadi
Ketua Menteri, aku pun nak upah orang supaya “bawak mulut” dan sampaikan cerita
pada semua bahawa aku ni bakal Ketua Menteri Melaka.
Tapi aku terlalu yakin bahawa orang yang diusung ni tak
mungkin jadi Ketua Menteri kerana secara peribadi aku tak nampak apa-apa
kelebihan pada dia ni. Bahasa badan, pergaulan dan karisma memang takde jadi
tak mungkin dia akan dipilih oleh PM sebagai calon boleh memang untuk BN.
Kepada “pengusung-pengusung” dan yang “diusung” aku mohon,
kalau cerita yang diceritakan pada aku ini benar, segeralah bertaubat dan
ubahlah sikap. Jangan buat benda yang boleh buat orang menyampah pada UMNO.
Fokus pada PRU dan buat sehabis baik untuk bantu pari
bukannya diri sendiri. Bila parti kita kuat, barulah kita semua kuat. Kita
sebuk-sebuk kejar jawatan tapi dalam diam-diam, lawan kita pulak dapat kuasa,
baru kita nak putih mata.
Betul ler cakap kawan tu, orang sekarang menyampah pada UMNO
kerana beberapa kerat pemimpin mereka yang tak berapa nak elok perangai ni.
Jadi pada aku, biarlah kita hilang beberapa kerat ni dari kita hilang kuasa dan
negera yang tercinta ini.
Kepada yang terasa, maka memang betul ler cerita ni memang
ada…hehehehhe.
Semoga Allah jauhkan kejahatan dan keburukan dari
menghampiri parti UMNO ini dan memberikan kemenangan yang besar pada PRU 13.
PRU 13: MELAKA BN PUNYA!!!
JPX
4 comments:
ape yang engkau melalut ni be !
tak ramai tapi memang ada mahkluk yang kau cerita ni kat melaka. harap dapat segera dihapuskan
jangan ambik pusing sangat benda macam ni sebab orang pun perasan siapa mereka ni. kita buat kerja kita dan pastikan BN terus menjadi pilihan semua rakyat Melaka
hebat kumpulan perasan ni
Post a Comment