Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, February 17, 2012

PANAS:TV3 ADALAH TALI BARUT ANWAR IBRAHIM???

Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain -  cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.

"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.

Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.

1 comment:

Anonymous said...

itu tandanya....

1) Anwar Israel sudah terdesak
2)Anwar Israel takut dgn buletin utama
3)buletin utama masih berpengaruh besar
4)blogger pakatan tak boleh pakai a.k.a gagal beri penjelasan---fail!!
5)paper suara keadilan syaitan pon x guna...fail!!
6)cuba mempengaruhi semula pengundi golongan konservatif/mck2 pakcik2 tua yg tgk tv jer....especially pengikut pas...

modus operadi anwar israel lepas ni adalah one way communication..(jika bole masuk tv3)-----

masuk tv tp dia sorg sj nk ckp...explain...
jgn ada soalam wartawan...nanti die gabra...'u dari mana?? berapa umno bayar u...'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa