KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama
4 comments:
Dimasjid tu termasuk dalam rukun nikah ke? benda yang bukan jatuh haram tu sepatutnya tidak perlu dihighlightkan, akan mengelirukan umat islam je dah berpuluh tahun dok buat nikah kat masjid...hampa tak ada keja lain ka...banyak benda besar seperti perpecahan umat, gejala sosial, buang bayi, seks bebas dan byk lagi masalah umat ni, tak berkurang juga pasai hampa dok lena..
dalam keadaan kurang arif ni, aku ingin berkongsi. andainya bernikah dimasjid menyimpang dari ajaran Islam, masjid itu untuk apa? hanya sembahyang semata2. adakah majlis akad nikah itu bukan ibadah? asal ianya tidak melanggar batas2 kesopanan dimasjid, rasanya ia tidak terpesong. soal meniru cara org kristian & yahudi berkahwin di rumah ibadat masing2, aku jd keliru. asal apa yg dibuat oleh yahudi & kristian kita tak boleh buat. kalau yahudi/kristian makan, kita tak boleh makan. kalau yahudi/kristian pakai baju, kita jangan pakai baju. kalau yahudi/kristian beli kereta, kita jangan beli. lucunya. mereka buat dirumah ibadat mereka, rumah ibadat kita masjid, bukan kuil @ gereja. kalau yahudi/kristian beribadat dirumah ibadat masing2, kita nak sembahyang dimana? tolong aku!!!
setuju dengan kedua-dua pendapat....
tapi bila mufti dah bersuara mesti ada yang benar tentang apa yang diperkatakan...
Islam itu mudah...
Kita menagku sbg umat Muhammad saw, kita cuba sebaik mungkin utk ikut apa yang Baginda lakukan....
perbezaan pendapat pasti akan ada tapi yang penting adakah pendapat kita dipersetujui Allah swt...
First of all, dia bukan Mufti, ahli Majlist Fatwa Perlis yg pro-Wahabbi..lagi satu mutaakhirin ni kita sering disibukkan dgn isu2 furuk yg bukan isu pun..apa agenda sbnrnya? Lagipun, ramai jgk org kristian yg bernikah dirumah..jadi tak boleh bernikah dirumahlah? kalau camtu kat mana lg yg boleh kalau ikut logical argument diorang ni? atas pokok?
Post a Comment