"Ada beberapa nama disebut-sebut, antaranya Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Mohd Said Yusof; Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pegawai Eksekutif Pertam, Mohamed Nasser Selamat; Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Jezlee Pit; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Abdul Nasir Bazid dan Pengarah Sahabat Belia Melaka, Nizam Omar. "
BERITA HARIAN ONLINE
1. Dalam sibuk semua umat manusia yang berminat dalam bidang politik tertumpu ke DUN Tenang, kini tumpuan mereka terpaksa dialihkan ke DUN Merlimau pula.
2. Walaupun calon dan tarikh yang benar masih menjadi persoalan, media massa nampaknya cuba menjadi pencatur siapa yang paling layak untuk menduduki kerusi ADUN Merlimau ini.
3. Semenjak dua tiga hari kebelakangan ini, media cetak sudah beberapa kali mencadangkan nama-nama yang mereka rasakan layak untuk UMNO/Barisan Nasional pilih sebagai calon di Merlimau. Dalam senari nama itu ada juga nama yang sudah dijangkakan dan nama di luar jangkaan.
4. Nama yang dicetak di akhbar mereka terdiri dari calon kegemaran dan sebaliknya. Apabila sudah dicetak maka, nama mereka-mereka yang medapat pencalonan dari akhbar ini mula pasang badan.
5. Pada hemat JPX, akhbar perlu lebih sensetif dalam hal ini. Mereka patutnya dapatkan berita dan maklumat yang tepat SIAPA YANG PALING LAYAK DAN DIMINTA OLEH WARGA DUN MERLIMAU SENDIRI UNTUK MEWAKILI MEREKA KE DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA.
6. JPX yang berada di sekitar kawasan Merlimau mengetahui beberapa maklumat penting dari warga DUN Merlimau sendiri siapa yang mereka mahukan dan apa yang perlu ada untuk melayakan seseorang itu menjadi calon bagi Barisan Nasional.
7. Yang paling atas sekali adalah, CALON ADUN MERLIMAU MESTILAH ANAK JATI YANG LAHIR DAN MENETAP DI DUN MERLIMAU. Ini adalah permintaan dan kemahuan yang paling utama pengundi di sana. Selain itu mereka juga mahu calon berpendidikan, baik dan mulia akhlaknya dan senang didamping dan mendampingi pengundi di Merlimau.
8. Walapun tarikh untuk penamaan calon masih jauh, namun jika permintaan pengundi DUN Merlimau ini tidak diberikan perhatian oleh mereka yang menentukan calon pasti sesuatu yang buruk pasti akan berlaku di Merlimau.
9. JPX yakin inilah masa yang paling sesuai untuk pemimpin melaksanakan Transformasi yang seperti mereka sering perkatakan.
JPX
4 comments:
en azman...presiden belia 4b..calon anak tempatan..
Azman yang mana??
silap info..maaf..bukan azman..salah dengor..
Akar umbi PAS dan PKR di Melaka khususnya di Merlimau sedang perang besar untuk meletakkan calon mereka dlm PRK Dun Merlimau.
PKR akan meletakkan Shamsul Iskandar Md Akin Ketua AMK dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR sebagai calon. Tetapi PAS yg secara tradisinya bertanding di situ akan menentang berhabis-habisan calon PKR namun mereka masih belum ada calon yg layak.
Teman dapat tahu PAS ada 3 calon yg layak salah seorangnya masih menjadi kakitangan awam di Melaka, seorang veteran PAS dan sorang lagi ahli perniagaan yang pernah rugi dalam pelaburan kohilal!
Apapun kita berperang dulu di Tenang...dah tenang kita pi Merlimau plak...adios
Post a Comment