KATA pemerhati di Sungai Besar sekarang, Pas barangkali akan hilang sekurang-kurangnya 8,000 undi di situ kerana undi itu akan menyeberang ke PAN, 18 Jun ini.
Selain dakwaan PAN akan mengaut kira-kira 15 hingga 20 peratus undi daripada penyokong Pas memandangkan pemimpin-pemimpin PAN juga bekas orang penting dalam parti Islam itu, faktor Pas meraih undi bercampur-campur (undi Melayu dan Cina) pada 2013 juga menjadi congakan.
Tetapi tergamakkah ahli dan pengikut Pas memberi barang satu undi pun kepada PAN setelah segala ‘kerosakan’ yang dilakukannya terhadap Pas?
PAN semasa dalam gelanggang pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari seakan bersendirian.
Tetapi masuk sahaja pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar, sudah jadi haru biru. Tak tahu siapa kaptennya. Mohamad Sabu atau Lim Kit Siang?
Nama sahaja baju jingga disarung ahli PAN, tetapi si pemakainya ahli DAP. Di tengah-tengah pekan Sekinchan kelmarin, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu selamba sahaja pakai baju berlogo PAN pasang papan iklan berunsur provokatif.
Siapa pun yang lalu-lalang di situ tidak kiralah mana-mana kaum tengok sahaja papan iklan berkenaan pasti sedar perkataan atau ayat yang terpampang tidak wajar dipaparkan begitu.
Ini sehinggakan gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang habis dilanyaknya. Tetapi itulah PAN dan DAP.
Dalam kempen memasuki hari kelima semalam, calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi begitu agresif. Secara solo sahaja sudah bersemuka dengan ribuan orang.
Pekan Sekinchan dulunya sukar ditembus, sekarang tampak menerima mesra kehadiran Budiman yang dipanggil ‘Ah Man’. Bukan sahaja 9,166 pengundi Cina Sekinchan menjadi tumpuannya, malah 6,549 pengundi Melayu di situ juga fokusnya.
Adakah PAN dan DAP mula gentar dengan penangan calon BN ini?
PAN sekarang bukan lagi PAN beberapa bulan lalu. Dalam seminggu ini benar-benar ikut telunjuk DAP.
BN dilanyak di kanan, Pas dilenyeknya di kiri. Amat sukar dipercayai suatu ketika PAN merupakan parti serpihan Pas. Yakni, pemimpin-pemimpinnya datang daripada Pas yang tertonjol Islamiknya.
Wajah-wajah yang memakai baju rasmi jingganya di Sungai Besar tiada bezanya dengan mereka yang berbaju putih berlogokan Roket.
PAN adalah harapan terakhir pakatan pembangkang diketuai DAP untuk mencalar bukan sahaja imej BN, bahkan ‘menghabiskan’ terus Pas sebelum tempo PRK ditutup tirainya 24 Jun ini.
Ini sekali gus memaksa DAP ‘menunggang’ laju PAN.
Dan kemudian, PAN dijulang sebagai pengganti Pas.
Zulkifli Jalil
Yg penting di sungai Besar... jaga isteri masing masing... lanun kemaruk..dah masuk .. Unit Maksiat kena 24 standby.... lapor jgn tak lapor..
ReplyDelete