Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara (PAN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Dalam pada itu, calon PAN tersebut juga menandatangani Deklarasi Mahathir untuk menyokong gesaan penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu selepas sepentas dengan Dr Mahathir dalam satu program di Sekinchan.
Dr M-Amanah AzharSambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.
Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli PAN yang menandatangani deklarasi itu.
Beliau juga mengecam tindakan PAS yang semakin terdesak sehingga terpaksa bekerjasama dengan UMNO dan enggan menyokong deklarasi yang dianjur beliau.
“PAS tinggal sebelah sahaja, separuhnya sudah pindah (kepada PAN) kerana mereka tidak lagi percaya kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka sebab itu Hadi cuba melamar UMNO khususnya kepada Najib,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut menyuarakan hasrat dengan kemenangan pembangkang pada PRK di kedua-dua negeri iaitu Selangor dan Perak 18 Jun ini akan menjadi satu referendum bahawa rakyat menolak pentadbiran Najib.
Bagaimanapun dengan kenyataan itu, jika rakyat memilih Barisan Nasional di dua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia sekaligus menterjemahkan sebagai rakyat masih mempercayai Najib sebagai perdana menteri negara ini.
Referendum macam mana, keling oi?
ReplyDeleteReferendum yang macam 1.2 juta tandatangan palsu kau ke? Keling PENIPU!!!
Mahataik tak berbuka puasa dengan anak betina pejuang kapir dan lesbian tu ke?