Mungkin terlalu taksub pada jasa dan pencapaian seseorang, maka kita mungkin begitu mudah terjebak pada sikap menafikan apa saja kecelaan yang dilakukan seseorang itu, walaupun ia benar-benar menjengkelkan.
Ada ‘macai’ yang cuba menegakkan benang yang basah tentang sesuatu yang dilakukan di zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk membina lebuhraya-lebuhraya di negara kita.
‘Macai’ itu mengaku bahawa perjanjian itu perlu untuk dipersetujui kerana syarikat konsesi tol berkenaan melabur untuk membina lebuhraya. Tapi malang, akalnya masih dangkal untuk berfikir tentang isu terma yang menjadi persoalan penulis.
Lebih memperlihatkan kedangkalan IQnya, ‘macai’ itu kaitkan pula tentang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Presiden UMNO dan duit 1MDB yang kononnya lesap serta tidak punya sebarang perjanjian…
Tidakkah ‘macai’ itu faham bahawa penulis langsung tidak mempersoalkan tentang perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya? Apa yang dipersoalkan ialah tentang ‘kehebatan’ bekas Perdana Menteri itu membuat terma dalam perjanjian tersebut.
Mudah kata, dia tahu bahawa sebarang kenaikan bayaran yang membabitkan rakyat perlu mengeluarkan wang dari poket mereka dan membayar maka ia akan menimbulkan kemarahan. Tapi kenapa dia setuju juga dengan terma perjanjian tersebut?
Contoh jelas, terma perjanjian pembinaan lebuhraya menyaksikan syarikat konsesi lebuhraya berhak menaikkan kadar bayaran tol pada setiap lima tahun. Kenapa bekas Perdana Menteri akur dan bersetuju dengan terma itu?
Apa yang ada di dalam fikiran bekas Perdana Menteri ketika itu mungkin memberitahu bahawa ‘tidak mengapalah rakyat marah asalkan negara kita mempunyai lebuhraya’, atau mungkin ‘tidak mengapalah rakyat kena bayar lebih lepas 5 tahun asalkan mereka sebut akulah yang bina lebuhraya di Malaysia’…
Pada pandangan penulis, sekiranya beliau benar hebat dan bijaksana, sudah tentu beliau akan berjaya membina banyak lebuhraya dan terma yang dipersetujui pula tidak memberikan hak kepada syarikat konsesi lebuhraya untuk menaikkan kadar bayaran tol pada setiap 5 tahun. Itu jika dia benar bijak dan ulunglah…
Seorang pemimpin yang hebat sudah tentulah bijak berunding dan tahu tentang sosio-budaya pemikiran rakyatnya sendiri bukan? Jika benar hebat dan bijak, sepatutnya termanya mungkin berbunyi syarikat konsesi lebuhraya perlu menurunkan kadar bayaran tol pada setiap 5 tahun, bukan?
Penulis tidak menuding jari pada bekas Perdana Menteri sahaja kerana penulis yakin keputusan berkenaan perjanjian itu dipersetujui termanya secara kolektif oleh jemaah kabinet ketika itu.
Malah jika dirujuk fakta sekalipun, pembinaan lebuhraya di negara kita ini hanya melibatkan tiga nama sahaja iaitu Tun Daim Zainuddin dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk sebelum 2003, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga 2008.
Maksudnya, nama bekas Perdana Menteri tidak disebut pun dalam hal pertikaian ini. Tapi jika ditanya siapa yang bina lebuhraya, maka nama bekas Perdana Menterilah yang disebut-sebut terlebih dahulu oleh mereka yang taksub padanya, kan?
Lebih ‘tongong’ lagi, ‘macai’ itu mendakwa wang RM2.6 bilion itu adalah milik 1MDB. Satu fakta yangsalah sama sekali asasnya. Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa wang itu adalah sumbangan politik dari timur tengah dan bukan wang 1MDB seperti yang didakwa.
Apakah bengap sangat IQ ‘macai’ berkenaan untuk menerima fakta itu? Wang itu diakui telah masuk ke akaun Presiden UMNO. Apa masalahnya? Jika lesap sekalipun, penulis yakin Presiden UMNO gunakan wang itu untuk kepentingan UMNO pada PRU ke-13 yang lalu. Itupun penulis yakin jumlahnya tidak cukup pun untuk menampung semua kos PRU…
Tentang apa yang berlaku pada 1MDB, Arul Kanda sudah jawab semuanya. Apa yang pasti, Arul perlu kotakan katanya untuk menyelesaikan krisis 1MDB dalam tempoh 6 bulan. Jika tidak, Arul pun akan penulis desak untuk meletak jawatan sekiranya perlu.
Jadi, tidak adillah untuk menyalahkan pihak kerajaan sekarang tentang kenaikan kadar bayaran tol. Jika nak salahkan sekalipun, sila tuding jari pada bekas Perdana Menteri dan pihak yang terbabit dalam perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya. Titik!
Perjanjian bangang yg menyusahkan rakyat.Buat bisnes dan perjanjian hanya utk kemewahan kroni dan anak.Konon bijak tapi bangang!!!!
ReplyDeleteSkrg nak serang 1mdb di setiap sudut yg telah mgambil lubuk emas mrk.Perjanjian IPP yg juga bodo dan bangang...rakyat terpaksa membayar lebih atas kebodohan perjanjian konsesi org bijak tapi bodo.
Tolong hentikan amalan bodo dan bangang jika nak buat sebarang perjanjian.Nak untung..boleh, tapi klu dah hisap darah rakyat...tu dah kira bangsat dan bangang!!!!!
Tak payah la nak bagi pampasan kat syarikat toll...siapa naik toll dia bayar setel abis cerita
ReplyDelete