Pages

Wednesday, June 11, 2014

MAKLUMAT TERKINI TENTANG BERITA PRK KUALA TERENGGANU


Kuala Terengganu – Para pengguna media sosial gempar, apabila berita mengenai ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang dikatakan muflis tersebar.

Laporan yang disebarkan oleh pihak tertentu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan rangkaian Whastapp itu kecoh apabila pihak media gagal mendapatkan sumber sahih untuk pengesahan lanjut mengenainya.

Berikut adalah laporan yang disebarkan yang turut diterima oleh wartawan SuaraTV:

Kuala Terengganu 10 Jun – Parlimen P036 Kuala Terengganu mungkin bakal menyaksikan pilihanraya sekali setelah Ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diistiharkan muflis oleh sebuah mahkamah disinimm hari ini.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu Raja Bahrin bertanding atas tiket parti PAS menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimum Yusof dengan majoriti 10785 undi.

Menurut satu sumber lain, Raja Kamarul ketika dihubungi sebentar tadi menafikan dirinya diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan akan membuat pengumuman rasminya mengenai pada pukul 11.00 pagi esok di Parlimen.

Wartawan SuaraTV cuba menghubungi Raja Kamarul untuk pengesahan, namun gagal.--SUMBER

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.