Pages

Wednesday, June 11, 2014

DYANA HADIR KE PARLIMEN UNTUK BUBAR REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA!!!???


Bekas calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud membuat kejutan dengan hadir ke Parlimen pada Selasa, sehari selepas calon BN Datuk Mah Siew Keong mengangkat sumpah di Dewan Rakyat apabila memenangi PRK Teluk Intan, pada 31 Mei lalu.

Setiausaha Politik ahli parlimen Gelang Patah hadir membuat penjelasan berhubung dakwaan beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan ketika kempen PRK lalu.

“Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu,” katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu,” katanya pada sidang media sambil ditemani ahli parlimen DAP Bukit Mertajam Sim Chee Keong.

Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.

Menurut Dyana dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu,” katanya yang tewas kepada Mah dengan perbezaan 238 undi.

Laman sosial itu antara lain mendakwa Dyana mengeluarkan kenyataan bahawa RAMD perlu dibubarkan atau dibuka untuk semua kaum kerana tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak kepada bangsa tertentu sahaja.

Dyana berkata dakwaan itu turut dibangkitkan oleh ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat semalam.

Menghargai Noh yang meminta beliau menjelaskan perkara itu, Dyana berkata orang awam telah menghentamnya selepas terbaca dakwaan itu disiarkan dalam laman Facebook palsu yang kini mencecah lebih 5,000 pengikut.

1 comment:

  1. HAI DAHKALAH PUN MASIH LAGI NAK KE PARLIMEN......SETAKAT NAK BERI PENERANGAN PASAL BUBAR REJIMEN RAMD KAT DAPUR RUMAH DIA PUN BOLEH BUAT MEDIA CONFERENCE...

    TAK CAYA TANYA MAMY YAMMY.....

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.