Dalam wawancara dengan akhbar ini pada September 2012 selepas meletakkan jawatan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menceritakan bagaimana beliau tertipu dengan agenda DAP sebagai parti untuk semua. Tunku Aziz menyertai DAP pun atas dasar itu, parti yang disangkanya berpegang kepada etika dan teguh integritinya.
"Tetapi itu cuma retorik sahaja." katanya yang sekarang berjuang membetulkan kesilapan lampau dengan menjelaskan siapa sebenarnya DAP. Dalam setiap penampilannya, Tunku Aziz membawakan mesej bahawa DAP parti yang tidak boleh dipercayai.
Bagaimana orang sehebat dan sekaliber Tunku Aziz boleh tertipu dengan gimik DAP adalah sesuatu yang perlu diteladani. Apa yang tidak ada pada Tunku Aziz. Kerabat diraja Kedah ini adalah tokoh berprofil tinggi untuk melonjakkan imej DAP sebagai parti demokratik dan memusuhi rasuah semasa itu.
Atas faktor itulah Tunku Aziz diberi tempat istimewa sebagai Naib Pengerusi DAP pada 2008. Tidak banyak orang Melayu yang mempunyai karisma sebegitu rupa serta mahu pula bekerjasama dengan DAP.
Tunku Aziz pernah menjadi penasihat di Bank Negara, pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Panel Penasihat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan Naib Presiden Transparency International (TI).
Tetapi lihatlah apa yang DAP telah lakukan kepada orang sebegini. Setelah 'mempergunakan' imej berintegriti, telus dan bersih Tunku Aziz dalam tempoh hampir tiga tahun, DAP mudah menyisihkannya gara-gara kritikan jujur beliau kepada pendirian parti itu terhadap demonstrasi jalanan.
Strategi
Kini DAP menggunakan strategi yang hampir sama. Mereka sedang mempergunakan aura gadis Melayu lulusan institusi bumiputera UiTM yang baru sahaja diangkat sebagai Setiausaha Politik kepada supremo mereka, Lim Kit Siang pada 2013 setelah menjadi ahli dua tahun sebelum itu.
Dyana Sofya Mohd. Daud, gimik baharu DAP memang telah membangkitkan suasana berbeza dan luar biasa dalam politik negara.
Puteri ayu DAP ini diakui berjaya membangkitkan sensasi yang membuatkan rakan sekutu dan seteru perlu menata semula strategi politik masing-masing.
Jika PKR ada ikon Puteri Reformasi yang kini semakin hilang daya magnetnya, DAP membuka langkah di luar jangkaan malah terkesan berani dan berisiko. Tetapi itulah politik demi cubaan untuk membuat lompatan bagi membuang imej cauvinis kepada sebuah parti terbuka untuk semua kaum dan golongan serta mesra bumiputera.
Dyana Sofya yang lahir dalam lingkungan keluarga UMNO ditatang dalam dulang emas DAP untuk dijadikan senjata ampuh meruntuhkan tembok kekuasaan pesaing politik. Apakah Dyana Sofya nantinya akan menerima nasib 'habis madu, sepah dibuang'?
Atau adakah seperti pemimpin Melayu DAP terdahulu yang akhirnya menyedari perjuangan dan matlamat sebenar parti cauvinis ini tidak seperti yang mereka sangkakan? Selalu ada muslihat dalam setiap gerak parti ini. Selalu ada udang di sebalik batu. Tiada demokrasi dalam parti demokratik ini sudah menjadi kata-kata biasa untuk DAP.
Dyana mungkin sahaja boleh menang kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil ini. Dan, Dyana Sofya boleh berbangga dalam usia semuda itu sudah bergelar Yang Berhormat.
Beliau tentu akan berterima kasih kepada DAP kerana tidak mungkin parti lain akan memberi peluang yang sama kepada anak muda dan perempuan pula sepertinya. Peluang sebegini tidak pernah berlaku. Sungguh satu perubahan dan pembaharuan yang luar biasa.
Cuma soalnya adakah semua itu dilakukan secara ikhlas. Jika melihat kepada keluarbiasaan itu, jawapannya mudah ditelah.
Strategi DAP dalam usaha untuk melonjakkan imej parti kali ini kena pada masanya. Sedang hudud menjadi penghambat untuk menarik lebih besar sokongan orang Melayu, Dyana Sofya hadir menjadi penyelamat.
Sedang DAP dicela sebagai parti cauvinis Cina dan anti bumiputera, pemilihan Dyana Sofya menjadi calon pilihan raya dapat menafikan label sebegitu. Langkah ini dapat mengelabui mata rakyat supaya tidak lagi mempersoalkan komposisi ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang menjadi pusat kuasa dan didominasi oleh satu kaum sahaja.
Pilihan raya itu pula dilangsungkan sedang trend orang Cina di Teluk Intan menguasai 42 peratus jumlah pengundi, masih tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN). Kali ini DAP memang dalam kedudukan terbaik untuk membuat lompatan imej itu.
Sebab itu Dyana Sofya dijaga sebegitu rupa. Sidang akhbar dan pendangan calon ini dikawal agar tidak melangkaui kehendak DAP. Dyana Sofya tidak lebih hanya burung kakak tua bahkan ada yang melihatnya sebagai boneka dinasti Lim. Apa yang Kit Siang cakap, itulah yang beliau katakan. Apa yang Lim Guan Eng dan DAP pertahan, itulah yang diperjuangkan Dyana Sofya.
Beliau hanya alat.
Adegan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman diberi tekanan selepas terlepas cakap dengan menggelar Guan Eng sebagai angkuh, sombong dan tokong dalam satu mesyuarat tertutup terasa masih segar dalam ingatan kita. Akhirnya dalam satu sidang akhbar, Mansor hanya menuruti sahaja arahan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Entah berapa kali lagi untuk kita menyedari bagaimana liciknya parti ini memperdayakan khalayaknya. Kali ini, sekali lagi strategi DAP itu mungkin berjaya kerana kita nampaknya terlalu lemah untuk menolak ajakan indah dan muluk-muluk itu.
sial lepas ini boleh kongkek diri sendiri lah....tak payah langgan pelacur setiap hujung minggu...dah pandai buat analisa yang menakjubkan....stupid ass
ReplyDelete