DAP cuba mengetengahkan calon Melayu dalam PRK Teluk Intan dalam usaha mereka untuk menjerat pengundi Melayu dan pada masa yang sama dapat menyakitkan hati UMNO. Namun tindakan mereka ini secara tidak langsung turut memakan diri mereka sendiri.
Anwar Ibrahim pula turut mempromosikan Dyana calon DAP ini kononnya Dyana akan menjadi ahli Parlimen Melayu pertama di Teluk Intan sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini. Kononnya mereka akan dapat melihat buat kali pertama kaum sendiri menjadi wakil di Parlimen itu. Hakikatnya jelas kita tahu bahawa Dyana sekadar boneka yang membawa suara Lim Kit Siang.
Menurut Anwar lagi Dyana merupakan calon kaum Melayu yang muda dan berkemampuan. Sebenarnya kita dapat melihat dengan jelas kemampuan Dyana dalam menipu dan berbohong seperti Anwar Ibrahim juga. Pembohongan kononnya Dyana mewakili Pakatan Rakyat. Dan beliau adalah suara kepada orang muda. Beliau mahu keadilan kepada semua memang sesuatu yang keterlaluan.
Kita menyaksikan adengan yang cukup jelas apabila Lim Kit Siang merampas “microphone” dari Dyana apabila dia merasakan Dyana tidak mampu memberi jawapan sepertimana yang Kit Siang inginkan. Boneka ini tidak akan mampu membawa suara rakyat Teluk Intan yang berbangsa Melayu.
Baru-baru ini Dyana mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik. Hakikatnya seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam. Dyana tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam dalam keadaan dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam.
Begitu juga dengan isu Tunku Aziz keluar DAP. Menurut Dyana Sofya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, sesuai menjawab soalan mengenai isu Tunku Abdul Aziz keluar parti memandangkan ia timbul semasa beliau belum menyertai DAP lagi. Hakikatnya Tunku Aziz keluar DAP selepas Dyana menjadi ahli DAP bukannya sebelum.
Disamping itu juga ada kedengaran bahawa Dyana ini menipu yang beliau merupakan Setiausaha politik Melayu kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang sedangkan beliau sebenarnya adalah pegawai khas Lim Kit Siang sahaja.
Walaupun begitu kenyataan Anwar Ibrahim yang paling menggelikan hati adalah UMNO telah serang Dyana dengan teruk. Kadangkala Umno terlupa untuk hina Anwar kerana terlalu asyik memikirkan untuk jatuhkan Dyana. Rupa-rupanya Anwar Ibrahim naik “sawan” bila tidak ada orang “petik” nama beliau dalam kempen PRK Teluk Intan kali ini. Ini merupakan satu penghinaan kepada orang yang gila populariti dan gila “glamour”.
Perkara penting yang rakyat Teluk Intan perlu tahu bahawa Dyana tidak layak menjadi ahli Parlimen Teluk Intan sebagaimana Anwar tidak layak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.