Semua orang sudah tahu taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak bersilat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang memutuskan beliau bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan menghukumnya lima tahun penjara.
Apa lagi kalau bukan slogan 'Reformasi 2.0' yang cuba disogok untuk mengajak penyokongnya bangun menentang keputusan sebulat suara yang dibuat oleh penal tiga hakim itu.
Kata orang sendiri buat hal dengan aktiviti luar tabii...habis semua orang hendak dihasut tolong 'cuci mangkok'.
Bab menghina mahkamah memang boleh serah pada puak-puak ini keatas apa saja keputusan yang tidak menyebelahi mereka.
Bagi mereka keadilan hanya pada segala yang menyebelahi mereka seolah orang lain macam Saiful tidak ada hak langsung untuk menuntutnya menerusi perbicaraan yang telus dan terbuka.
Setelah penghakiman ringkas dibuat pada hujung perbicaraan 7 Mac...Jumaat seluruh butir-butir penghakiman perbicaraan rayuan Saiful terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 membebaskan Anwar sudah keluar.
Dalam dokumen penghakiman bertulis setebal 85 muka surat itu semua orang boleh baca A sampai Z kenapa dan mengapa penal tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mencapai keputusan Anwar bersalah.
Dua lagi hakim dalam penal itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Penghakiman bertulis itu bertarikh 11 April.
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Mahkamah Rayuan itu di ketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala mendiang Karpal Singh ketuai pasukan peguambela Anwar.
Apa agaknya Anwar dan gengnya hendak pusing menghadapi fakta-fakta ini menjelang rayuan yang hendak dibuat di Mahkamah Persekutuan nanti.
Dari penghakiman bertulis itu ketiga-tiga hakim jelas cukup yakin dengan keputusan besar yang mereka buat terhadap kes yang lama berlarutan.
Antara yang paling menarik ialah hakinm-hakim berkenaan tegas berkata adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan meliwat Saiful.
Ini kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya.
Malah mereka berkata sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).
Mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.
"Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya," kata mereka.
Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar.
Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara.
Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya.
"Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari)," menurut panel itu.
Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu.
Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya.
Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu.
Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu yang didakwa berlaku di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Mengenai isu pengesahan identiti "Lelaki Y", mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting.
Ketiga-tiga hakim berkata Nor Aidora membangunkan profil DNA "Lelaki Y" daripada eksibit iaitu sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala kecil "Good Morning" dan satu botol plastik air mineral yang telah kosong yang diperolehi dari sel lokap yang Anwar merupakan satu-satunya penghuni di situ.
Selepas menjalankan analisisnya, Nor Aidora mendapati "Lelaki Y" adalah penyumbang yang sama dengan DNA diambil daripada eksibit ditemui di lokap itu dan beliau merumuskan penyumbang DNA dan "Lelaki Y" adalah daripada sumber sama.
Panel itu menegaskan undang-undang akan gagal melindungi masyarakat sekiranya mahkamah menerima kemungkinan-kemungkinan andaian yang akan merencatkan pelaksanaan undang-undang dengan adil.
Penal tiga hakim itu juga memutuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat itu hanya penafian semata-mata.
Menurut mereka penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.
"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata mereka.
Panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.
Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.
"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.
Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.
Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.
"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.
Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.
Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.
Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.
Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.
Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.
"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.
Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.
Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.-18/4/2014
UNTUK BACA SELURUH PENGHAKIMAN BERTULIS SILA LAYARI ALAMAT WEB BERIKUT : http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf
Agaknya ... tugas KS sudah selesai utk memastikan DSAI tidak mungkin jadi PM buat selama-lamanya.
ReplyDeleteDari dulu KS dah kata di Parlimen yg DSAI tidak sesuai jadi PM. Dia mengotakan kata-katanya walaupun jadi Lawyer DSAI.
Agaknya lah.
..bukan saja aljuburi betkote bengkok malah minda aljuburi juga bengkok.. crooked cock with a crooked brain.. taqbir!..
ReplyDeleteTeringat saya semasa era 1998 dulu, kecoh betul. Habis orang Melayu Anwar Ibrahim hasut dengan tujuan menyokong dia dan dia suci manakala Tun M lah yang kejam dll.
ReplyDeleteKami serba salah, rata2 ramai keliru. Bagi saya senang je, tentu ada SEBAB Allah swt tidak mahu dia meneraju Negara walaupun satu tangan dah pegang jawatan itu selama 16 tahun.
Anwar Ibrahim sekeluarga terutama DS Wan Azizah tidak dapat menerima hakikat ini, ketentuan Illahi ini pada mereka sekeluarga. Sudah 16 tahun selesa dengan segala pujian dan sanjungan, tiba2 sekelip mata hilang segalanya. Bukan calang2 dugaan, bukan calangan mala petaka.
DS Wan Azizah berjumpa Tun Dr. Siti Hasmah merayu agar Tun M Tarik balik keputusannya menyingkir suaminya dari cabinet. Tun Dr. Siti Hasmah nasihatkan agar Wan Azizah bersabar kerana suaminya memang bersalah meliwat Azizah Abu Bakar dll termasuk pensyarah dan adik angkatnya dari Jakarta.
Penyokong tegar Anwar Ibrahim juga tidak dapat menerima hakikat Pak Sheikh mereka dilakukan demikian rupa. Mana boleh? Pak Sheikh alim, boleh imamkan solat. Maka masa wukuf tahun itu beramai-ramailah mereka memohon doa petunjuk dari Allah swt.
Sehabisnya semua adalah catatan sejarah hitam Negara. Anwar Ibrahim akan sentiasa diingat sebagai setan bertopeng manusia yang akan melakukan apa saja demi hati busuk dia.
Habis bangsa lain hilang rasa takut pada bukan sahaja PDRM, Mahkamah malah Instituisi Raja2 Melayu.
Pada saya Anwar Ibrahim berjasa mengajar KURANG AJAR orang orang Melayu tua dan muda dan sekarang kanak2 sekolah!
Bilalah bilalah dia akan dipisahkan dari rakyat Malaysia..supaya Aman dan Selamat kita dari kemungkaran dia, maksiat dia dan niat jahat dia mahu hancurkan Negara tercinta.
Setakat tunduk pada mayat atau bangkai apa pun itu tak jadi hal bagi Anwar Ibrahim asalkan ada pulangan politik.