Pages

Monday, April 21, 2014

PESAWAT MAS BERPATAH BALIK DAN BUAT PENDARATAN CEMAS


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berpatah balik setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Bangalore, India kerana dikesan mengalami kerosakan, selamat mendarat di KLIA pukul 1.56 pagi ini, kata laman Twitter MAS.

Pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH192 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India yang berlepas 10.09 malam tadi, telah berpatah balik ke Kuala Lumpur.

MAS mengumumkan demikian dalam entri terbaharu Twitter syarikat penerbangan tersebut, kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi.

Roda peralatan pendaratan bahagian kanan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Bangalore, India dikesan mengalami kerosakan ketika berlepas pada pukul 10.09 malam tadi.

Dalam satu kenyataan pada pukul 1.35 tadi, MAS mengesahkan pesawat itu terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA dan dijangka akan melakukan pendaratan cemas sekitar pukul 2 pagi ini.

Penerbangan MH192 yang menggunakan pesawat Boeing B737-800 sepatutnya dijadualkan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu membawa 166 penumpang termasuk tujuh anak kapal.

"MAS sedang bekerjasama dengan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebagai langkah berjaga-jaga ketika pesawat itu mendarat kelak.

"Kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa berhubung situasi ini," kata kenyataan itu lagi. 


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melawat penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berpatah balik mke KLIA.

Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung insiden pesawat itu berpatah balik setelah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Sepang menuju ke Bangalore, India kerana dikesan mengalami kerosakan pada peralatan pendaratan pesawat itu. -- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.