Sekali pandang, kedai jubin dalam gambar di atas tidak berbeza dengan kedai jubin yang lain di negara ini.
Selain menjual jubin dan barangan pembinaan, sebuah kedai di Taman Debunga Merlimau menjadi pusat penjualan nombor ekor haram atau lebih dikenali sebagai "nombor gelap".
Tauke cina ini meraih ribuan ringgit keuntungan dari jualan nombor ekor haram ini dan majoriti pembelinya adalah orang Melayu.
Dari sumber yang boleh dipercayai tauke cina ini telah beroperasi lebih dari lima tahun dan balai polis Merlimau terletak hanya kurang 1 km dari lokasi kedai tersebut.
Selain menjual nombor ekor haram, tauke cina ini juga dikatakan memberikan pinjaman wang haram dan mengenakan kadar faedah yang tinggi.
Persoalan yang ingin aku bawakan adalah, bagaimana tauke cina ini mampu berniaga nombor ekor haram di lokasi ini selama lebih lima tahun tanpa sebarang tindakan dan penguatkuasaan undang-undang?
Adakah tauke cina ini mendapat restu dan perlindungan dari orang-orang tertentu untuk menjalankan kegiatan haram mereka di sini?
Adakah pihak berkuasa tiada apa-apa maklumat tentang kegiatan haram tauke cina ini?
Atau pihak berkuasa hanya menunggu laporan orang awam untuk membolehkan mereka menjalankan tindakan undang-undang ke atas tauke cina ini?
Lebih banyak persoalan negetif yang akan timbul bila kita bangkitkan isu ini dan akhirnya tauke cina akan terus beroperasi tanpa apa-apa tindakan ke atas mereka.
Semoga dengan sedikit perkongsian maklumat ini, kegiatan haram tauke cina ini dapat dihapuskan dan intergriti pihak berkuasa dalam menjalankan tugas melaksanakan undang-undang tidak dipertikaikan sama sekali.
Ini baru satu kedai. Aku diberitahu ada lagi dua, tiga buah kedai cina lagi yang jual nombor ekor haram ni. Aku juga yakin terdapat juga kedai sebegini di tempat anda di serata negeri ini dan Malaysia.
Adakah kita mahu biarkan sahaja tauke cina ni terus berkuasa dan pihak berkuasa tidak berkuasa ke atas mereka???
JPX
ni semua mesti ada kawtim la,takkan dah buka lama polis tak tahu kot?SB kalau tak tahu pasal benda ni baik tkayah keja jadi SB,kesian nama polis ni tercemar dek kerakusan sesetengah pegawai,arwah ayah
ReplyDeleteaku pun pencen polis, dia kat ldm setandan pisang bukan semua busuk yg busuk tu la mau cantas buang awai2,ayah aku pun pencen dlm unit tatertib bukit aman.bohong la kalau depa tak tau
Dibawah kepimpinan Najib, Cina boleh sesuka hati. Sebelum Najib,tak de pula perkara macam ini berleluasa.
ReplyDelete
ReplyDeleteDah tu nak buat macam mana ,dah pehak berkuasa tiada kuasa.
Kalau disoal-selidik pehak berkuasa tidak berkuasa ni belaku dimerata tempat bukan sahaja diMerlimau,malah diseluroh Malaysia .
Johor Baharu Tengah dan MPJB rumah kediaman dikawasan kediaman bolih jadi workshop dan macam-macam perniagaan . Sakit jiwalah kalau bejiran ,nak mengadu kapada siapa ,tiada yang berkuasa melainkan mereka sendiri yang berkuasa.
Melayu jual nasi lemak depan rumah kena sitar ,tu yang peliknya.
Adakah ini ada kena mengena dgn ketua polis Melaka yg berbangsa cina?
ReplyDeletekat perak pun berleluasa,diorang ni kebal sebab dah ada deal dengan golongan atasan pihak berkuasa.kecuali kalau bukit aman yg turun.masalahnya yg kecik2 ni bukit aman xnak pulak pandang
ReplyDeleteMmg kbykan kedai Cina akan buat bisnes haram ini di 'belakang' kedai. dn pelanggan Melayu bahlol pun ramai.
ReplyDeleteDi Penang byk kes mcm ni. Kedai runcit kt depan. belakang no judi haram. Pihak Polis dan PBT mcm pejam mata. nk tunggu TV3 buat liputan nnt terhegeh2 lah Ketua Polis Negeri jwb.. kita akan siasat bla2..
undang2 Malaysia ini lemah bkn krn skrip undnag tu tp sikap PENGUAT KUASA yg berpunca dr top-down yg tidak tegas dan tidka peduli..
inilah punca byk jenayah dan masuknya dadah dn warga asing haram termasuk pelacuran..
semau ini mengundah bala Tuhan!!
' Ya Allah kami berlindung dengan mu dari segala kejahatan hawa nafsu,sifat haloba,malas dan bacul.. Hindari la kami dari menzalimi diri kami sendiri.. ' Doa yg di unjurkan Rasulullah kpd kita ni salah 1 senjata trbaik utk kita umat islam..sekira ny tiada daya upaya kita utk mncegah kmungkaran di skeliling kita dgn prbuatan maka cegah la ia dgn lisan dgn kata2 brhemat,sekira ny tidak mampu juga dgn kata2 maka tanam la kebencian di dalam hati kita trhadap prkara2 kmungkaran..
ReplyDeleteAb
ReplyDeleteSaya setuju dengan anda. Mereka ini kaya kerana menipu kita bukan setakat nombor haram semua benda pun mereka menipu kita. Keliling rumah saya kebanyakannya menjual nombor ekor haram. Mereka kaya, orang kita juga yang papa kedana kerana kebodohan kononnya angan2 mat jenin, naik nombor kaya besar tapi duit habis masih tak sedar2. Kawasan taman saya kedai2 runcit mereka juga ada menjual nombor ekor haram. Malangnya pelanggan2nya ialah orang kita. Orang Melayu. Tak taulah apa nak jadi dengan orang kita. Kerana duit walaupun tak pernah kena nombor yg diambik, tapi setiap minggu masih nak habiskan duit dengan membeli nombor ekor haram. Sanggup perjudikan nasib, ada yang biarkan anak isteri menderita kerana tidak cukup duit belanja rumahtangga kerana duit telah dihabiskan dimeja judi dan nombor ekor haram dan banyak lagi benda2 haram yang lain. Wahai bangsaku cukup2lah sudah, bertaubatlah. barulah betul kembali kepangkal jalan.
ReplyDelete