KPDNKK MELAKA RASIS KERANA HANYA AMBIL TINDAKAN PADA MELAYU SAHAJA!!!
KPDNKK MELAKA BACUL KERANA TAKUT AMBIL TINDAKAN KEPADA CINA DVD HARAM!!!
Aku ucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Melaka yang Pak Menterinya Dato Haji Hasan Malek.
Kerana apa aku ucap tahniah pada KPDNKK Melaka?
Sebab cawangan ini telah bejaya melaksanakan misi dan visi kementeriannya dengan cemerlang dan gemilang.
Semalam petang, lebih kurang sebelum senja lima orang penguatkuasa KPDNKK Melaka telah melaksanakan tugas mereka memeriksa kawasan Medan Ikan Bakar Umbai Melaka.
Untuk makluman, semua peniaga di Medan Ikan Bakar Umbai adalah MELAYU.
Antara yang diperiksa adalah tanda harga dan alat timbang di kedai-kedai ikan bakar di medan tersebut. Kita pun sedia maklum bahawa memang tugas utama KPDNKK adalah mengawal harga barang dan memastikan peniaga sentiasa patuh kepada undang-undang perniagaan.
Dalam pemeriksaan tersebut, ada beberapa kesalahan yang telah dikesan oleh penguatkuasa dilakukan peniaga. Kesalahan yang dikesan adalah alat timbang telah luput pemitnya.
Salah tetap salah dan setiap kesalahan mesti ada hukuman. Maka tanpa membuang masa, saman dikeluarkan untuk memberikan pengajaran kepada peniaga ikan bakar tersebut.
Dalam masa yang sama dan hari yang sama, di dalam kawasan parlimen yang sama ada tiga kedai cina yang secara terang-terangan menjual dvd cetak rompak.
Kedai cina ini telah beroperasi lebih dari setahun dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa langsung tindakan diambil. Cina-cina ini bebas berniaga benda haram tanpa ada apa-apa penguatkuasaan undang-undang diambil ke atas mereka oleh KPDNKK Melaka.
Apa istimewanya Kedai Cina DVD Haram ini kalau nak dibandingkan dengan Kedai Ikan Bakar orang Melayu??
Kenapa penguatkuasa KPDNKK Melaka hanya buat pennguatkuasaan mereka di kedai milik orang Melayu sahaja??
Adakah KPDNKK Melaka anti Melayu???
Adakah KPDNKK Melaka takut dengan Cina???
Atau adakah KPDNKK Melaka memang ada hanya untuk ganggu perniagaan orang Melayu dan pastikan perniagaan Cina terus berkembang maju tanpa ada apa-apa gangguan walaupun perniagaan cina itu melibatkan benda yang haram di sisi undang-undang???
Macam aku cakap awal tadi, salah tetap salah dan penguatkuasa ada kuasa untuk keluar kompaun atau saman. Namun manusia diberikan akal dan dengan akal ini datang budi bicara.
KPDNKK MELAKA ADA PENGUATKUASA RUPANYA. LIMA ORANG PULAK TU.... |
Adakah penguatkuasa KPDNKK Melaka langsung takde budi bicara dalam menjalankan tugas mereka?
Peniaga di Medan Ikar Bakar semua sekarang dah betul-betul marah dengan KPDNKK Melaka. Mereka akui kesalahan mereka tapi dalam masa yang sama mereka kecam KPDNKK Melaka kerana tidak adil dalam menjalankan tugas.
Kedai Cina DVD haram di kawasan itu secara terang-terang beroperasi langsung tidak diusik oleh KPDNKK Melaka.
Melayu nak berniaga cari makan, salah sikit saman ratus-ratus tanpa ada apa-apa budi bicara!!!
Kalau KPDNKK teruskan kerja mereka dan hanya menyasarkan orang Melayu dalam penguatkuasaan undang-undang, maka Hasan Malek akan dipersalahkan jika orang Melayu menolak kerajaan pada PRU akan datang.
Senang cakap memang orang Melayu di sini tak puas hati dengan KPDNKK Melaka selagi mereka tak tutup kedai-kedai cina dvd haram yang bermaharajalela berniaga tanpa apa-apa halangan.
Aku harap semua peniaga Melayu dapat ikut undang-undang perniagaan untuk mengelakan tindakan undang-undang dari KPDNKK.
Sekali lagi,
KPDNKK MELAKA RASIS KERANA HANYA AMBIL TINDAKAN PADA MELAYU SAHAJA!!!
KPDNKK MELAKA BACUL KERANA TAKUT AMBIL TINDAKAN KEPADA CINA DVD HARAM!!!
JPX
Bnyknya mmg k/t k'jaan ni yg burukkan nama k'jaan, tak de budi bicara, bglah nasihat dan amaran dulu, dan mmg pun tindakan berpilih pilih, mentua aku pun pernah kena. Baru Melayu nak sokong k'jaan, dah buat hal lg. Mentua aku sampai ke la ni jadi penyokong pembangkang.
ReplyDeletehahaha.. padan muka korang semua gila sangat sokong kerajaan
ReplyDeletehasan malek memang tak reti buat kerja. pegawai dia tido semua pun dia tak kesah.
ReplyDeleteBukan di melaka sahaja malah merata rata pelusuk Tanah air, Pihak berkuasa tak kira Polis, JPJ, PBT,KPDNKK dan lain lain takut atau buat buat tak nampak dgn kesalahan peniaga peniaga haram ini, termasuk judi siber, VCD, perniaga warga asing,Kenderaan berat, Bas dan sebagainya. Kerajaan membazir duit pembayar cukai membeli kenderaan baru utk agengsi kerajaan tapi semua makan dah di atur.Kalau bagi nuar jadi PM lagi parah.
ReplyDeleteBagi aku, banyak sebenarnya agensi yg sepatutnya membantu melayu tidak menghiraukan dan memberi ruang secukupnya untuk orang Melayu. Banyak yang menyusahkan Melayu dan duduk dikerusi ug sepatutnya membanti mengekalkan survival Melayu. Kalau admin ada ruang cuba buat kajian trg JCorp. Dioranf kat atas tu kerja memenuhkan poket memasing jer dan sudah hilang jati diri Melayu.
ReplyDeletemeniaga dh lama,xkan xtau undang2..bila kena batang hidung sendiri heboh kata rasis..dvd haram 2 bkn saja kpdnkk je bleh ambik tindakan,pdrm & kdn serta majlis daerah pun bleh ambik tindakan..kalau nk sembang rasis,rasanya kjaan yg rasis dgn kaum lain sbb kemudahan yg kjaan sediakan utk kaum melayu byk sedangkan utk kaum lain mmg amat kurang..pkir2 la ckit..guna otak utk brfikir,bkn lutut..
ReplyDeleteSemua makan lega bila rasuah ada.. rasuah penyelamat negara.
ReplyDeleteBila berblog tak pakai otak,inilah hasilnya..buat malu orang melaka je jiwa paradox ni..mungkin kamu ada masalah jiwa..cepat2 pergi berubat..peace yo!!
ReplyDeleteaku pun kena beb! rm200, xde budi bicara, baru nk meniaga dah kena... psal buat promosi xikut masa...gilo ko apo, nk jual murah pun kena saman, ingat jual mahal je kena, jual murah pun kena..agak bodoh la kat situ...KPDNKK melaka ni, staf pun berlagak mcm cerdik je... xde budi bicara langsung...sial jugak
ReplyDeleteIni bukan soal rasis tapi lebih kepada isu prinsip perniagaan, jika saya teliti dokumen kompaun diatas, ianya adalah kesalahan yang dilakukan dibawah Akta Timbang dan Sukat, jadi sekiranya kita menjalankan perniagaan dengan mengambil kesempatan ke atas pengguna/pembeli dari alatan timbang yang tidak ditauliah atau disukat dengan betul, itu menipu namanya. Haram pendapatan yang kita peroleh daripadanya. Berapa ramai yang telah singgah di umbai menikmati juadah makanan laut disana dan peniaga telah menggunakan alatan yang tidak dibuat kaliborasi dengan betul? Makanya harga yang dikenakan tidak betul kerana sukatannya tidak tepat, subhanallah ini perkara asas dalam perniagaan
ReplyDeleteAnda lagi nasib baik saman 200 sahaja.Kami kene sampai RM3000 kerana atas kesalahan tak pamir jualan murah walaupun kami dah apply.tapi sebab banjir aritu,tak boleh pergi amik notis.Memang takde niat nak baut sale pun.tapi sebab ada kertas SALE dalam kedai yang tak dicabut.Barang kene sita lagi.Konon bawah OPS PASCA BANJIR..Yang jual Mahal tak kene pulak.Dengki dengan peniaga Melayu.Samsing punya penguasa Pompuan.Memang kenela peniaga Melayu.Sengaja nak aniaya..
ReplyDelete