ENTAHLAH ini takdir atau suratan kepada bangsa Melayu. Zaman dahulu, Melayu yang meneroka dan membuka kawasan hanya mendirikan pondok, Cina yang masuk kemudian buka kedai dan bangunan, akhirnya beli tanah orang Melayu.
Daripada kawasan kampung bertukar wajah menjadi bandar. Tapi siapa yang duduk di bandar dan pekan sekarang.
Susah kita dapat lihat ramai peniaga Melayu berjaya dalam kawasan majoritinya Melayu. Ada, tapi boleh dibilang. Inikan pula kalau berniaga di kawasan bukan Melayu. Banyak dugaan dan cabarannya.
Minggu lalu tulisan saya tentang 'Sewa tinggi, peniaga Melayu lari' mendapat respons daripada Mohamed Nasir Sulaiman dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Dalam e-mel itu katanya, masalah sewa tinggi bukan sahaja berlaku di Selangor, tetapi juga di Melaka. Baru-baru ini beliau dan keluarganya bercuti Kota Warisan UNESCO, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Antara tempat tumpuan yang ditujunya ialah Jonker Walk yang terkenal dengan pelbagai produk dan hasil seni. Tetapi katanya, perkara yang mendukacitakan keluarganya ialah tiada seorang pun peniaga Melayu di situ. Malahan tiada makanan halal dijual di pusat pelancongan itu.
Apabila beliau bertanya kepada salah abang beza tentang hal itu, maka jawapannya - kedai Melayu diletakkan di tempat lain, ini hanya untuk kaum Cina sahaja.
Kenapa perlu dibezakan antara peniaga Melayu dan Cina? Kenapa satu makanan halal pun tiada dijual di situ?
Mujur dalam perjalanan balik, kata Mohamed Nasir, keluarganya terserempak dengan Kedai Aku & Dia yang menjual Ondeh-ondeh (kuih Buah Melaka). Dua orang makcik berniaga di situ.
Soalan pertama yang Mohamed Nasir tanya kepada makcik itu adalah kenapa tiada satu pun kedai makanan halal di situ. Makcik itu dengan perasaan kecewa dan terharu meluahkan kesedihan di mana kedainya adalah satu-satunya kedai makanan Melayu di situ, yang lain dikuasai oleh bangsa Cina.
Bahkan, kedai makcik Ondeh-ondeh pun mereka hendak beli tapi pendirian makcik itu kental, biar apa pun terjadi, kedainya tidak menjadi mangsa kaum lain.
Pendirian makcik itu untuk menegakkan warisan perniagaan bangsa Melayu di situ patut dipuji. Ada pesanan daripada makcik itu: "Tolong-tolonglah sampaikan kepada yang berkenaan agar sistem satu kaum ini dihapuskan. Biarlah ia menjadi warga 1Malaysia seperti diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."
Sebenarnya dalam hal seperti ini, kita bukan rasis atau bersikap perkauman. Tapi bagi Mohamed Nasir, cara yang dilaksanakan di Jonker Walk umpama 'kalau Batu Cave sentiasa dikorek, lama-lama akan jadi tanah rata'. Begitulah kesimpulan yang beliau tafsirkan dalam monopoli dunia perniagaan ataupun pemilikan hartanah.
Benar kata Mohamed Nasir, kita bukan hendak menjadi juara dalam perkara ini. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, satu hari nanti Melaka yang dikenali dengan pahlawan Melayu akan hilang status kepahlawanannya'.
Dalam Malaysia, tak sepatutnya kawasan perniagaan dibolot oleh satu kaum sahaja. Jalan-jalanlah di kawasan beli-belah dalam kawasan pelancongan segi tiga emas Kuala Lumpur, hakikatnya hal ini tak berlaku.
Di sebaliknya, kita berasa pelik tak apabila satu kedai runcit Cina boleh terus bertahan dan berkembang maju dalam kawasan penduduk majoritinya Melayu. Maknanya apa - peniaga Cina itu sebenarnya mengharapkan pembeli Melayu. Tapi bolehkah kawasan perniagaan yang dikuasai kaum Cina membuka ruang untuk peniaga Melayu?
Dalam dunia bisnes memang adat kena bersaing. Tapi janganlah satu kaum itu sahaja yang ingin bolot semua kekayaan. Apalah salah kaum Cina membantu peniaga Melayu dengan menunjuk ajar cara berniaga dan mengurus kewangan dengan betul.
Rasanya hal ini bukan masalah besar kecuali kalau sudah terpendam rasa dengki dan iri hati. Kita mengharapkan semua bangsa boleh bantu peniaga Melayu. Paling utama, orang Melayu kena sokong peniaga bangsanya dahulu.
Dalam jiwa orang Melayu perlu ada sentimen bantu bangsa sendiri. Kalau kita bantu mereka, sekurang-kurangnya kita jadikan mereka kaya. Bila kaya kita harap mereka tidak lupa bayar zakat, menderma untuk orang susah. Secara tak langsung orang Melayu Islam seperti ini dapat membantu bangsa dan agama kita.
Langkah pertama untuk kita jayakan jihad ini ialah bantulah peniaga Melayu. Belilah barangan mereka. Utamakan pembelian di kedai Melayu. Tidak kiralah kedai runcit, kedai pakaian, kedai dobi, restoran, kedai elektronik, kedai alat tulis, kedai jahit atau apa sahaja jenis kedai asalkan Melayu. Insya-Allah perniagaan mereka akan maju.
Semua ini boleh dilakukan sebab kuasa beli ada di tangan kita.--UM
Sebenarnya dalam pengamalan Fardhu Kifayah ada satu dari isinya , perlu menyediakan perkhidmatan dan bekalan makanan yang mencukupi dari umat Islam kepada Umat Islam. Ini adalah Fardhu Kifayah, maknanya berdosa semua orang Islam jika tidak terpenuh tuntutan ini.Kita wajib mencuba, dan jangan risau jika terpaksa membayar lebih sedikit di kedai Muslim ( kerana mainan monopoli), tetapi ianya adalah ibadat.
ReplyDeleteSediakan sebahagian dari perbelanjaan bulanan kita untuk menyokong perniagaan saudara Islam kita sehingga terpenuh fardhu diatas.
Ingat, ini adalah Fardhu. Bukan sunat, atau jihad, ini tuntutan Fardhu Kifayah.
saya orang melaka tahu sangat persekitaran perniagaan di sana. Jonker walk ada peniaga melayu yang berniaga tapi tidak ramai. Kenapa mesti ke Jonker walk, kenapa tidak Pahlawan Walk? Pahlawan Walk lebih ramai dan lebih pilihan halal.
ReplyDeleteKami di melaka rasa aman bila berniaga sesama bukan melayu, baik cina baik india. Minta tolong jangan politik kan isu ini di melaka. Saya berharap sangat.
Benar saudara JP...
ReplyDeleteSaya punya pandangan pihak PBT atau Pejabat Tanah atau agensi kerajaan yang mempunyai aset di bandar, boleh menggunakan konsep jual beli dan letak status MCL pd premis berkenaan.Secara tidak langsung harta berkenaan dpt org melayu.xkisah la pd kroni pun. Atau sewa pd harga yang rendah moga orang melayu boleh berniaga.Pengalaman sy semasa bekerja di salah satu shoping complex, kebanyakan org melayu gagal berniaga di mall kerana sewa yang tinggi dan glc pula bersifat keuntungan.moga dapat d highlight kan perkara ini. Cara penyelesaian nya beri pada koperasi melayu yang mantap utk handle peniaga2 melayu ini.Jika baik ada jalannya..
Zaimal Md Jamal
Pondok Kempas

semuanya berlaku disbbkan pemimpin Melaka yg tamak inginkan pengiktirafan kaum sepet tersebut dari segi undi untuk menunjukkan kononnya mereka paling perihati dan adil kepada bangsa tersebut sedangkan bangsa sendiri menjadi pelarian di negeri sendiri... org melayu.jika ingin mendapatkan sesuatu kepada pemimpinnya termasuk ajk kampung sekalipun macam meminta sedekah....
ReplyDeletebangunan rumah kedai dan perumahan hanya dibuat untuk bangsa tersebut kerana melayu tak akan mampu beli...pendek kata memang pemimpin melayu pandai merancang tetapi hasilnya dinikmati bangsa pendatang contonya pembangunan di kelebang dll masih dikuasi bangsa ini atau golongan pendatang yg lain. Melayu melaka hanya melopong ibarat bumi dipijak milik org....menang undi kampung tetap tergadai..jika pihak2 atasan seperti PBT atau piha2 berkenaan tidak mengambil tindakan sewajarnya menyekat pemilikan yg tak munasabah kepada bangsa pendatang ini tidak mustahil melayu melaka hanya tinggal nama saja seperti dipenang...

ReplyDelete