KUALA LUMPUR 23 Feb. - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar didakwa menjadi dalang kepada usaha mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak berundur sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya Pas negeri
Menurut blog badutrakyat.blogspot.com, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena didakwa melakukan kempen secara halus bagi membolehkannya menduduki kerusi Menteri Besar menggantikan Azizan.
Kata blog itu lagi, difahamkan Mahfuz 'berkongsi' dengan Exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagi menggerakkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan dua jawatannya itu sekali gus.
''Phahrolrazi walaubagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul,'' kata blog tersebut dalam entri terbaharunya bertajuk 'Kantoi!!! rupanya Mahfuz Omar dalang desak Azizan berundur dari jawatan Menteri Besar?' yang di siarkan hari ini.
Pada Rabu lalu, kepimpinan Azizan Abdul Razak diberitakan berhadapan dengan satu lagi krisis apabila 11 daripada 15 DUN Pas kawasan di Kedah dikatakan mahu beliau melepaskan jawatan termasuk sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.
Desakan itu dibuat kerana mereka mendakwa Azizan gagal menyelesaikan pelbagai isu di peringkat negeri dan parti sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli akar umbi Pas.
Dalam pada itu, Mahfuz ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagi mendapatkan ulasan berhubung dakwaan itu berkata, diri beliau sering menjadi bahan cerita di blog-blog tempatan.
Atas sebab itu Mahfuz berkata, pelbagai kisah tentangnya terdapat di blog-blog, antaranya dakwaan menjadi dalang (isu desak Azizan letak jawatan), selain dikatakan menjadi calon Menteri Besar.
''Kalau hendak ikut blog macam-macam mereka kata tentang saya.'' katanya.
Sementara itu, dalam entri yang sama blog tersebut turut mendakwa, tindakan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan meletak jawatan bukan kerana gagal menangani isu pembalakan, membawa masuk pelaburan, mengawal pusat-pusat hiburan atau gagal menangani masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Malah, kata blog tersebut, Pas sentiasa membela Azizan dalam semua isu-isu tersebut.
''(Sebaliknya) Yang menjadi masalah bagi Pas dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang 'mesra' UMNO dan Barisan Nasional (BN).
''Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak Pas di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO daripada UMNO,'' kata blog berkenaan.
Kata blog itu lagi, pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehingga sanggup memakai baju 1Malaysia for Youth (1M4U) iaitu membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati Pas Kedah.
''Akibatnya, Azizan dikritik hebat oleh Pas dan disindir agar menyertai UMNO sahaja. Daripada situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya dengan mengasak Azizan agar berundur,'' ujar blog itu lagi.--UM
Mahpoz cerminan penganot PAS....itula 'standard' pemikiran penganot PAS...PAS mmg byk pemimpin yg 'pandai cakap' tapi xpandai wat kerja...contoh yg paling mahahebat ialah murshitdol AMpas N ajis , hadi , Mad Sabur*t..dan mampoz...
ReplyDeleteJOM KITE LAUNCH.....